FarEye Tawar Teknologi Tanpa Bayaran Tangani Peningkatan dan Laksanakan Penghantaran Rumah Tanpa Sentuh Semasa Berlakunya COVID-19

878

– FarEye menawarkan keupayaannya kepada Dr. Lal Path Labs, Future Group di India, 7-Eleven di Filipina dan Posti Group di Finland

– Menerokai sinergi dengan More Retail di India, Mega Image di Romania dan Konzum di Croatia antara lain

NEW DELHI, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ — Bagi memastikan penghantaran barangan runcit & item keperluan harian yang lancar di setiap depan pintu rumah sambil mengekalkan penjarakan sosial sewaktu berlakunya pandemik COVID-19, FarEye–platform logistik prediktif, hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat seluruh dunia dan melengkapi syarikat-syarikat tersebut dengan perisian pengoptimuman penghantaran rumahnya bagi menangani peningkatan dalam penghantaran ke rumah dengan pemandu yang tersedia, pemandu separuh masa yang diambil dengan pantas dan membuat penghantaran tanpa sentuhan.

FarEye akan menyediakan perkhidmatannya – FarEye SERVE, secara percuma –

  • Kepada organisasi yang membuat penghantaran ke rumah bagi barang keperluan harian seperti barangan runcit, makanan dan ubat-ubatan sehingga 30 Jun 2020 dan akan terus menyokong usaha ini sehingga situasi menjadi lebih baik
  • Untuk semua penghantaran ke tapak hospital & untuk bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak balas terhadap krisis COVID-19 hingga 30 September 2020
  • Organisasi boleh menggunakan teknologi ini secara jarah jauh dan serta merta dengan mendaftar secara dalam talian.

Pandemik ini digabungkan dengan kebimbangan yang semakin meningkat menambah tekanan yang besar terhadap operasi penghantaran. Walaupun dari satu segi terdapatnya perubahan besar dalam rantaian bekalan, terdapat juga keberubahan tinggi dari segi tuntutan pengguna. Arahan berdiam di rumah yang semakin meningkat memberi lebih banyak tekanan pada penghantaran barangan keperluan ke rumah memandangkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial dan tidak berkunjung ke kedai dan pusat membeli belah. Peruncit dan syarikat penghantaran bergelut untuk meluaskan operasi penghantaran mereka dan memastikan barangan runcit, pensanitasi, ubat-ubatan dan makanan tersedia buat semua.

“Lebih 219,000 kes Coronavirus telah muncul di seluruh dunia dan sebagai satu tindak balas, perintah berkurung seluruh negara berkembang dengan pantas, mencetuskan kekalutan ketidaktentuan mengenai masa depan. Ingatan dan doa kami ditujukan buat mereka yang telah terkesan oleh virus tersebut dan mengharapkan pemulihan pantas mereka. Pandemik ini telah meletakkan punat set semula yang mandatori ke atas kita semua dan menggesa semua orang untuk berfikir dalam-dalam dan menyedari betapa semuanya bersifat sementara dan lemah. Kami ingin mencari peluang dan memberi sumbangan kami dengan menawarkan teknologi pengoptimuman sebagai sokongan untuk memastikan pergerakan barangan keperluan yang lancar sewaktu berlakunya krisis ini,kata Kushal Nahata, Ketua Pegawai Eksekutif, FarEye.

“Sekiranya anda seorang penjual runcit perkhidmatan penting, kami memahami bahawa anda sedang menghadapi beberapa detik yang agak sukar memandangkan kewajipan untuk memastikan komoditi penting sampai kepada pelanggan anda menjadi tanggungjawab anda. Kami ingin membantu penjual runcit sedemikian untuk didayakan dengan lebih baik bagi mengurus kesinambungan perniagaan. Wawasan kami adalah untuk memastikan tiada sesiapa yang mengalami kekurangan bekalan asas semasa waktu yang sukar ini,” tambah Nahata.

Tawaran ini, FarEye SERVE akan membolehkan rakan kongsi untuk:

  • Meningkatkan liputan dan penghantaran melalui penghalaan pintar
  • Menyediakan penghantaran tanpa sentuh melalui aplikasi didayakan dompet tanpa kad dan urus niaga tunai
  • Mengambil kakitangan sementara serta merta
  • Menyediakan aplikasi telefon pintar untuk pemandu bagi memastikan komunikasi pada waktu sebenar dengan pelanggan
  • Berfungsi segera secara jarak jauh bagi memulakan operasi

FarEye akan mengintegrasikan perniagaan secara jarak jauh dan serta merta dan juga akan menawarkan perkhidmatan kepada sebarang saiz perniagaan, yang memindahkan barangan dari kedai kepada pelanggan dan hospital di mana pesakit yang terkesan berada.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut: https://www.getfareye.com/fareye-fights-corona.php

Latar Belakang FarEye 

FarEye ialah platform logistik prediktif berasaskan ML untuk perniagaan melaksanakan, mengesan, berkolaborasi, meramalkan dan mengoptimumkan pergerakan barangan. Ia telah memperkasa pemimpin-pemimpin global seperti DHL, Amway, Walmart, Hilti antara banyak yang lain untuk mencapai pertumbuhan, menjadikan pelanggan lebih gembira dan mendapat margin lebih tinggi.

Ia merupakan salah sebuah syarikat baharu yang berkembang paling pantas di India dengan 280% peningkatan dalam ARR berbanding tahun sebelumnya. Mencatat pertumbuhan pendapatan tiga angka sejak 3 tahun yang lalu, FarEye kini menyasarkan pertumbuhan sebanyak 325% dalam pendapatan pada fiskal ini.

Sejak tahun 2013, FarEye telah matang menjadi pengusaha yang diiktiraf dengan baik yang memudahkan lebih 10 juta transaksi sehari merentas lebih 20 buah negara untuk lebih 150 pelanggan. Organisasi ini telah menerima lebih daripada 12 sebutan Gartner dan lebih 30 anugerah. FarEye menggaji hampir 300 orang dan diperakui sebagai tempat kerja yang hebat oleh organisasi Great Place to Work®, pakar global dalam membina, mengekalkan dan mengiktiraf budaya di tempat kerja yang berprestasi tinggi dengan kepercayaan tinggi.

Logo – http://ering.com.my/cms15/wp-content/uploads/2020/03/fareye-tawar-teknologi-tanpa-bayaran-tangani-peningkatan-dan-laksanakan-penghantaran-rumah-tanpa-sentuh-semasa-berlakunya-covid-19.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Telecommunications Transportation Workforce Management/Human Resources New products/services

Source: PRNEWSWIRE