Aplikasi Video Langsung Ablo Lihat Peningkatan Pengguna dan Perbualan Semasa Perintah Berkurung COVID-19

1105

20% Peningkatan Pengguna & 50% Lebih Banyak Pesanan di Negara-negara Jalani Kuarantin 

GHENT, Belgium, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ — Sewaktu berjuta-juta orang menjalani perintah berkurung, aplikasi sembang video langsung, Ablo berkedudukan unik untuk menghubungkan pengguna merentas sempadan dan bahasa melalui pengalaman yang dikongsikan bersama oleh mereka sewaktu berlakunya pandemik Coronavirus. Ablo menyaksikan peningkatan pengguna sebanyak 20% dan pesanan pada platformnya meningkat sebanyak 50% ketika langkah-langkah pengasingan sosial telah dikenakan di pelbagai negara.

Ablo helps people stay connected and make friends around the world.
Ablo helps people stay connected and make friends around the world.

Ablo dilancarkan pada awal tahun 2019 dan membolehkan orang ramai untuk memulakan perbualan, berkongsi cerita mereka dan menjalin persahabatan baharu di seluruh dunia. Memandangkan pesanan dan panggilan video pada aplikasi ini boleh diterjemahkan secara automatik pada waktu sebenar, pengguna boleh berbual secara bersemuka dengan sesiapa sahaja, dalam sebarang bahasa. Populariti Ablo berkembang dengan pantas – tahun lalu Google menamakannya sebagai “Aplikasi Terbaik” 2019, memetik misinya untuk mewujudkan hubungan yang agak mustahil terjalin dan galakannya untuk belajar mengenai budaya-budaya berbeza.

Tatkala topik-topik yang menjadi trend di Ablo dahulunya bertumpu sekitar rutin harian, pandemik coronavirus dan langkah-langkah pengasingan sosial telah memintas perbualan baru-baru ini. Aplikasi ini membolehkan pengguna di pelbagai pelosok dunia untuk berhubung berdasarkan apa yang sedang dialami di lokasi mereka berada dan bagaimana mereka menghadapi kuarantin. Ablo menyaksikan bilangan pengguna aktif bagi setiap negara berikutan gelombang perintah berkurung di seluruh dunia. Sejak perintah berkurung Hubei dikenakan pada 23 Januari lalu, bilangan pesanan yang dihantar melonjak sebanyak 120%. Sejurus selepas perintah berkurung Itali, bilangan pesanan yang dihantar dari Itali meningkat sebanyak 41% dan sejak Sepanyol menjalani perintah berkurung, penduduk Sepanyol telah menghantar 31% lebih banyak pesanan kepada orang ramai di seluruh dunia.

“Ablo telahpun membantu pengguna di seluruh dunia menjalin persahabatan merentas sempadan. Dalam beberapa hari menjalani penjarakan fizikal ini, kami menyedari betapa pentingnya untuk kekal terhubung secara sosial,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ablo Joost Roelandts. “Bersama Ablo, kami akan terus memperkasa komuniti kami untuk terus menerokai dunia dan berhubung melalui pengalaman dan peristiwa yang dikongsi bersama ini.”

Latar Belakang Ablo 

Dinamakan oleh Google sebagai Aplikasi Terbaik 2019, Ablo mempunyai misi untuk mewujudkan hubungan unik dan mengalakkan untuk belajar mengenai budaya, adat, makanan dan muzik lain. Berbual bersama rakan antarabangsa anda dalam bahasa ibunda anda sendiri dan aplikasi ini akan menterjemah secara automatik. Dengan Ablo, anda dapat bertutur dalam setiap bahasa. Aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak lebih 7 juta kali di lebih 180 buah negara sejak pelancarannya pada tahun 2019 dan mewujudkan lebih 50,000 jalinan persahabatan setiap hari. Muat turun Ablo secara percuma di iOS, Android & Huawei. Terokai lebih lanjut di https://ablo.to/live atau muat turun aplikasi di https://ablo.to/download.

Kit akhbar, logo & imej resolusi tinggi: http://bit.ly/ablo-press-doc

Foto – http://ering.com.my/cms15/wp-content/uploads/2020/03/aplikasi-video-langsung-ablo-lihat-peningkatan-pengguna-dan-perbualan-semasa-perintah-berkurung-covid-19-1.jpg 
Logo – http://ering.com.my/cms15/wp-content/uploads/2020/03/aplikasi-video-langsung-ablo-lihat-peningkatan-pengguna-dan-perbualan-semasa-perintah-berkurung-covid-19.jpg 

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Earnings projections or forecasts Economic news, trends, analysis

Source: PRNEWSWIRE