Xiaomi Mi 10 Pro Raja Kamera Baharu – Capai Sebanyak 124 Mata Di DxOMark!

626

Xiaomi Mi 10 Pro merupakan peranti mewah baharu Xiaomi yang menawarkan spesifikasi premium – termasuk sokong Snapdragon 865 dan paparan skrin 6.67” FHD+. Untuk kamera, ia menggunakan perkakasan yang hebat – dengan lensa 108MP bersama sensor imej 1/1.33. Lensa ini digabungkandengan kamera ultra-lebar sebesar 20MP dan dua telephoto lensa untuk prestasi terbaik merentasi pelbagai faktor zum.

Xiaomi Mi 10 Pro mencapai skor DXOMARK Camera yang cemerlang sebanyak 124 – sekaligus menjadikannya pemimpin baharu dalam carta! Prestasi Mi 10 Pro dikatakan sangat baik untuk foto dan video. Pada keupayaan kamera statik, Mi 10 Pro mencatatkan skor sebanyak 134 poin, manakala rakaman video pula peranti ini mendapat skor sebanyak 104 poin.

Ketika penangkapan pegun, ia menghasilkan kemasan yang stabil dan tepat. Sokongan HDR pada peranti juga dikatakan memproses penangkapan lebih terperinci. Penghasilan warna juga didapati sangat baik secara keseluruhannya – tepat meskipun pada pencahayaan rendah.