vivo V19 Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Bulan Mac Ini?

Angin tak ada, ribut tak ada, hujan pun tak ada tiba – tiba vivo nak bawa masuk satu lagi model ke pasaran tempatan? Sejak awal kemunculannya, siri V telah menjadi model pertama keluaran vivo yang berfokuskan pada sokongan kamera dengan resolusi tinggi.

Kini terdapat khabar angin bertiup mendedahkan vivo bakal melancarkan pewaris baru iaitu vivo V19 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi – dijadualkan pada bulan Mac. Memetik sumber tidak bernama, V19 bakal menyokong paparan berlubang dengan dwi kamera.

Pun begitu, fungsi mengenai lensa masih belum dikongsi, namun dijangkakan muncul dengan sensor hebat dalam menangkap selfie mod potret. So, sama – sama kita tunggu! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like