vivo iQOO 3, Peranti Berkuasa Tinggi Dengan Sokongan Kamera Hebat?

Baru-baru ini, vivo mengumumkan bahawa bakal melancarkan generasi ketiga di bawah sub-jenama, IQOO. Dianggap sebagai salah satu yang terbaik, siri iQOO merupakan peranti yang berprestasi tinggi – iQOO 3 dikatakan berfokuskan kepada teknologi kamera yang canggih.

Memetik poster acah dikongsi, iQOO 2 bakal dikuasakan oleh chipset Snapdragon 865 dengan prestasi yang kukuh dan tahan lama. Dari segi kamera, ia akan dilengkapi kamera utama 48MP dengan sokongan lensa potret profesional 50mm. Kamera ini juga disertakan dengan sokongan teknologi AI eye tracking.

Ia didakwa berupaya menghasilkan kejelasan pada tahap baik pada subjek dalam gambar – mengambil gambar yang memfokuskan pada mata orang dalam bingkai. Ciri ini memastikan subjek berada dalam fokus. Walau bagaimanapun, masih banyak spesifikasi penuh untuk iQOO yang belum diketahui buat masa ini. Sama – sama kita tunggu!

You might also like