Ujian GeekBench Xiaomi Mi 10 Pro Tertiris! Prestasi Lebih Tinggi Berbanding Galaxy S20?!

346
- Iklan -

Peranti flagship Xiaomi Mi 10 bakal bertemu dengan peminat Mi di pelancaran rasmi secara atas talian pada 13 Februari 2020, 2pm dan pengenalan secara global di MWC 2020 pada 23 Februari 2020.

Seiring dengan pelancaran yang bakal menjelang, laman Weibo tersebar pula skor Antutu bagi Mi 10 Pro yang mendakwa ia mencapai hampir 600,000. Namun, ketirisan tersebut tidak dilampirkan sekali dengan gambar untuk membuktikan kebenarannya.

Sebaliknya, skor Mi 10 Pro kini tertiris di ujian penanda aras GeekBench 5.1 yang menunjukkan skor bagi Single-Core mencapai 904, sementara Multi-Core mencapai 3290. Jauh lebih bagus berbanding Samsung Galaxy S20 5G yang hanya mencapai 561 (Single-Core) dan 2358 (Multi-Core).

CEO Xiaomi Lei Jun juga berkongsi skor Geekbench 5.0 bagi Mi 10 yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 865, di mana Single-Core mempunyai skor 934 dan Multi-Core mencapai skor 3464.

Jelasnya cip pemproses Snapdragon 865 sangat berkuasa di mana ia mampu meningkatkan prestasi keseluruhan sebanyak 25%, tambahan lagi ketersediaan memori LPDDR5 turut menjadikan Mi 10 sebagai peranti pertama yang berkuasa tinggi dengan spesifikasi ini.

_______________

BACA JUGA:

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here