Top – Up Touch ‘N Go Korang Tanpa Sebarang Caj Di Stesen Minyak Shell!

486

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Shell Malaysia telah mengecualikan caj tambahan Touch’n Go di semua stesen minyak sepanjang PLUS Expressways (NKVE & ELITE) dan Lebuhraya Pantai Timur (ECE). Ini bermakna tiada lagi caj RM0.50 akan dikenakan untuk setiap transaksi tambah nilai yang dibuat.

Inisiatif ini mewakili sebahagian daripada komitmen Shell terhadap rakyat Malaysia dalam mencipta peluang yang memantapkan kehidupan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai senarai stesen Shell yang mengambil bahagian : SILA KLIK DI SINI!

Dalam pada itu, Shell juga mengadakan kempen, ‘Nak Ekstra RM20,000?’ yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah utama mingguan bernilai RM20,000 dan 20 hadiah penghiburan sebanyak RM1,000. Hadiah wang tunai ini bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia bergerak lebih jauh ke arah memenuhi keperluan dan impian diri dan orang yang tersayang.