- Iklan -

HUAWEI meluaskan lagi siri Nova menerusi kemunculan HUAWEI NOva 7i. Sebuah peranti hebat dengan spesifikasi menarik – termasuk kamera lebih baik dan reka bentuk menawan. HUAWEI Nova 7i ditawarkan pada harga RM1,099 dan pra tempahan  telah dibuka sehingga 26 Februari ini. Setiap pra tempahan didatangkan dengan HUAWEI Band 4 secara percuma!

[ BACA : HUAWEI Nova 7i Berharga RM1,099 – Setiap Pembelian Percuma HUAWEI Band 4! ]

Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang bukan harga dan ketersediaan, tetapi bagaimana untuk memasang aplikasi pada HUAWEI Nova 7i?! Berikut kami kongsikan perkongsian daripada laman HUAWEI mengenai panduan pemasangan aplikasi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian dengan mudah!

 


Terdapat tiga (3) cara mudah untuk muat turun aplikasi :

  • HUAWEI Phone Clone – Cara terpantas untuk pasang aplikasi
  • Muat turun aplikasi dengan AppGallery HUAWEI
  • Muat turun aplikasi menggunakan third-party : 【APKPure】 / 【Aptoide】 / 【Apkmonk】

 


CARA PERTAMA :

HUAWEI Phone Clone – Cara terpantas untuk pasang aplikasi. Sekiranya korang adalah pengguna HUAWEI sedia ada, aplikasi ini memang sedia terbina pada peranti.

  • Buka aplikasi “Phone Clone” —-> Pilih telefon lama & telefon baru
  • Imbas Kod QR & buat sambungan
  • Pilih data & mulakan pemidahan!

 

CARA KEDUA :

Muat turun aplikasi melalui HUAWEI AppGallery – Sama seperti app store yang lain, korang juga boleh mencari semua aplikasi kegemaran menerusi HUAWEI AppGallery dengan mudah! Menerusinya, korang boleh mencari dan muat turun aplikasi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian dengan mudah tanpa sebarang masalah!

 

CARA KETIGA :

Muat turun aplikasi menggunakan third-party melalui HUAWEI Browser. HUAWEI Browser dilengkapi pintasan pada laman utama yang membolehkan korang menyesuaikan perkhidmatan semakan imbasan mudah alih pada peranti.

Mungkin ada sesetengah aplikasi tidak tersedia pada HUAWEI AppGallery, namun ia boleh digunakan pada peranti tapi dengan syarat korang perlu cari platform yang betul untuk proses muat turun aplikasi. Selain itu, korang juga tetapkan pintasan pada laman utama HUAWEI ke web third-party seperti APKPure, APKMonk dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda memerlukan aplikasi navigasi, anda boleh memuat turun APK Waze melalui APKPure. Meskipun ia tidak lagi dipasangkan secara terbina, namun korang masih boleh memasangnya menerusi APK dan memasangnya dengan beberapa klik mudah. Maklumat lanjut, layari HUAWEI!

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here