Terhangat! Siri HUAWEI P40 Bakal Diperkenalkan Pada 26 Mac Ini Di Paris!

240

Selain muncul dengan pelbagai penawaran produk baharu, HUAWEI sempat berkongsi satu lagi berita gembira dengan mengesahkan bahawa siri HUAWEI P40 bakal muncul secara rasmi pada 26 Mac 2020. Acara pelancaran ini bakal berlangsung di Paris. Menurut HUAWEI, mereka bakal memperkenalkan dua model di bawah siri ini iaitu HUAWEI P40 dan HUAWEI P40 Pro.

Pun begitu, HUAWEI masih berteka teki mengenai spesifikasi utama peranti. Namun, mereka menjanjikan ia bakal menjadi antara peranti 5G terbaik di pasaran. Tidak ketinggalan, ia juga bakal disertakan dengan sokongan fotografi yang dipertingkatkan. Sama – sama kita tunggu!