Senarai Harga Siri Samsung Galaxy S20! Bermula RM3,599 & Pra Tempahan Dibuka 12 Februari!

993

Hello! Hello! Hello! Ha tudiaa…Samsung telah pun memperkenalkan siri Samsung Galaxy S20 kepada umum. Jika dilihat, Samsung nampaknya membuat lonjakan drastik pada siri kali ini dengan menawarkan pelbagai teknologi di luar jangkauan akal!  Menambah keriangan ramai, Samsung Malaysia kini berkongsi harga jualan tempatan untuk siri tersebut dan ketersediaan adalah seperti berikut :

  • Samsung Galaxy S20 – RM3,599
  • Samsung Galaxy S20+ – RM3,999
  • Samsung Galaxy S20 Ultra – RM4,999

Lebih menarik, setiap pra tempatan untuk Samsung Galaxy S20 Ultra dan Samsung Galaxy S20+ akan didatangkan dengan penawaran menarik iaitu  fon telinga tanpa wayar terbaru Samsung iaitu Galaxy Buds+ (bernilai RM599) secara PERCUMA!!

Bagi yang berminat, sesi pra – tempahan akan bermula 12 – 26 Februari menerusi beberapa saluran terpilih seperti Maxis, Harvey Norman, Celcom, Courts, Digi, Urban Republic, YTL, Best Denki, U Mobile, Samsung official online store at Lazada Malaysia, Senheng, Samsung official online store at Shopee Malaysia dan SenQ.