Seiring pelancaran siri Samsung Galaxy S20, jenama terkemuka Korea Selatan tersebut turut muncul dengan pengganti baru untuk peranti lipat mereka – menerusi kemunculan Samsung Galaxt Z Flip.

Jika dilihat, kemunculan model kali ini dilihat menerima lebih banyak penambahbaikan dengan penawaran teknologi lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Di sini kami senaraikan 10 sebab kenapa korang perlu miliki Samsung Galaxy Z Flip!

 


 

1. Tubuh Lebih Seksi!

Jika diteliti, ada beberapa perubahan berbanding generasi sebelum ini. Tubuh Samsung Galaxy Z Flip kini lebih kecil dan ergonomik – sekaligus menjadikannya selesa dipegang dan mudah dikendalikan. Ia juga mudah di simpan di dalam poket dan dibawa kemana – mana sahaja!

 


2. Reka Bentuk Kamera 2 Dalam 1!

Samsung Galaxy Z Flip dibina dengan kemasan kamera yang menarik – di mana membawakan reka bentuk dua lensa utama. Gabungan lensa ini adalah 12MP (main) + 12MP (Ultra-lebar). Turut melengkapi peranti adalah kamera selfie sebesar 10MP! Hasil gambar pun pasti boek punya lah! Tapi, korang lebih disarankan untuk beli siri Samsung Galaxy S20!

[ BACA : Nah! 20 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Siri Samsung Galaxy S20! ]

 


3. Dua Paparan Terbaik

Samsung Galaxy Z Flip menawarkan dua paparan – di mana skrin utama bersaiz 6.7 inci Dynamic AMOLED. Manakala, skrin sekunder adalah berukuran 1.1 inci. Binaan

 


4. Sokong Pengecasan Tanpa Wayar + Pengecasan Berbalik

Jangan pandang sebelah mata! Meskipun, Samsung Galaxy Z Flip hanya menyertakan bateri berkapasiti 3,300mAh tetapi ia berupaya menyokong pengecasan tanpa wayar. Bukan itu sahaja, bahkan ia turut menyokong pengecasan berbalik . Dalam erti kata mudah, ia juga boleh berfungsi sebagai powerbank! Menarik bukan?

 


5. Lebih Tahan Lasak

Bahan yang digunakan lebih tahan lasak – sekaligus menjadikannya tahan lebih lama. Penggunaan skrin ultra nipis UTG pada Samsung Galaxy Z Flip telah menggantikan skrin plastik pada Samsung Galaxy Fold. Ia sekaligus menjadikan peranti lebih tahan calar dan mengurangkan ‘tanda lipatan’ pada peranti.

 


6. Mod Flex Yang Praktikal

Tidak seperti Moto Razr dan Samsung Galaxy Fold, Samsung Galaxy Z Flip mempunyai engsel dua pivot yang boleh dikunci percuma ke mana-mana sudut antara 90 – 180 darjah. Ini membolehkan pengguna menggunakan bahagian atas dan bawah paparan untuk tujuan yang berbeza pada masa yang sama. Contohnya, bahagian atas paparan digunakan untuk menonton video manakala bahagian bawah digunakan untuk membaca komen atau mencari video lain. Mod ini sememangnya sangat berguna untuk peranti lipat gaya clamshell!

 

 


7. Boleh Dilipat Sehingga 200,000 Kali!

Samsung Galaxy Z Flip kini tampil lebih baik di mana dikatakan mampu dilipat sehingga 200,000 kali. Nampaknya ia seperti mampu bertahan untuk penggunaan tempoh masa yang panjang!

 


8. Pilihan Warna Lebih Catchy!

Pilihan warna Samsung Galaxy Z Flip dilihat lebih menarik dan eye catchy! Ia didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Mirror Black, Mirror Purple & Mirror Gold!

 


9. Harga Lagi Helok!

Harga boleh go lagi! Dengan penawaran hebat dan ketahanan lebih baik, harga yang ditawarkan masih boleh dikategorikan sebagai baik. Berapa? Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan di pada harga $1380 (~RM5,702). Pun begitu, Samsung Malaysia masih belum mengumumkan bilakah Galaxy Z Flip bakal tersedia untuk pasaran tempatan.

 


10. Ada Edisi Khas! Lawa Weh!

Samsung Galaxy Z Flip turut didatangkan dengan edisi khas – Thom Brown. Edisi khas ini merupakan kerjasama antara Samsung dengan jenama fesyen terkenal, Thom Browne. Kemasan edisi ini begitu menarik.