Samsung Galaxy M31 Rasmi – Kamera Utama 64MP + Bateri Besar 6,000mAh

599

Seperti dijanjikan, Samsung Galaxy M31 kini diperkenalkan secara rasmi dalam acara pelancaran berlangsung di India. Peranti ini membawakan pelbagai penambahbaikan ketara yang boleh dikategorikan menarik.

Samsung Galaxy M31 membawakan skrin bersaiz 6.4″ HD+ dengan paparan Super AMOLED serta rekaan Infinity-U. Nisbah aspek peranti adalah sebanyak 19:5:9 dan paparan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Dalaman peranti menggunakan cip pemproses Exynos 9611 dengan penyimpanan LPDD4x RAM dan UFS 2.1. Turut tersedia, slot kad microSD yang berdedikasi untuk penyimpanan lebih banyak.

Spesifikasi kamera pula, Samsung Galaxy M31 dibekalkan dengan gabungan lensa 64MP + 8MP + 5MP + 5MP bersama kamera selfie sebesar 32MP (f/2.0). Kamera utama menawarkan ciri menarik seperti Live Focus, Makro Shot, Mod Malam, mod Super Steady, Super Slo Mo, Hyperlapse dan rakaman video 4K.

Melengkapi peranti, bateri besar berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 15W. Samsung Galaxy M31 menggunakan antaramuka One UI 2.0 berasaskan Android 10. Sebagai tambahan, ia menyertakan sokongan pengimbas cap jari fizikal dan sokongan surround Dolby Atmos 360, dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, USB-C dan bicu audio 3.5mm.