Samsung Galaxy A71 5G Dengan Exynos 980 Kini Muncul Di Geekbench

Samsung Galaxy A71 5G kini muncul di penyenaraian Geekbench – bakal dikuasakan oleh pemproses Exynos 980. Cip pemproses ini merupakan pemproses Samsung dengan modem 5G secara terbina. Ia mula diperkenalkan pada vivo X30 dan vivo X30 Pro.

Samsung Galaxy A71 5G muncul dengan kod nama SM-A7160 mungkin menggunakan Android 10 dan mempunyai 8GB RAM. Peranti ini menjaring sebanyak 3078 mata dalam ujian satu teras dan 7346 mata dalam ujian multi-core. Ramai menjangkakan Samsung Galaxy A71 5G akan dijual pada harga yang lebih tinggi.

You might also like