Sekarang ni ramai giler orang jadi game streamer dekat Facebook mahupun YouTube. Korang pun sebenarnya boleh jadi Streamer yang best kalau korang ada komputer riba yang power untuk stream ketika korang main game.

Predator Triton 300 mungkin adalah jawapannya. Tak percaya? Baca ni!!

 

Spesifikasi Ringkas

Sebelum korang nak tahu hebat atau tidak komputer riba ini, better korang tengok spesifikasi peranti ini dahulu.

❤ Windows 10 Home
❤ Intel Core i7-9750H
❤ 15.6″ FHD IPS 144Hz Slim Bezel LCD
❤ NVIDIA GeForce GTX 1650 dengan 4GB GDDR5
❤ Memori: 8GB DDR4 2666MHz
❤ Storan: 512GB PCIe NVMe SSD
❤ Bateri: 59Wh Li-ion
❤ Harga: RM4,799

 

Design Memang Mencolok Mata!

Nak jadi streamer, korang kena ada komputer riba yang stylo anda futuristik. Biar yang menonton tu kagum dan cemburu dengan korang punyer laptop. Disebabkan itu, Predator Triton 300 tampil dengan logo Predator di bahagian belakang membuatkan ia tampak mewah.

Bucu peranti ini tidak seperti laptop lain, ia tampil seperti dipotong yang memberikan sentuhan baharu pada komputer ini.

Rekaan laluan sistem pengudaraan di bahagian belakang turut memberikan sentuhan futuristik kepada anda. Mesti tak puas kan? Nah tengok ni!!

 

Skrin 144Hz Memang Onz!!!

Nak jadi game streamer, korang kena perform time main game!! Jadi antara benda yang perlu diambil kira ketika main game adalah skrin kena baik supaya korang boleh perform time main game!! Predator Triton 300 ini tampil dengan 15.6″ FHD IPS IPS Slim Bezel LCD.

Tampil dengan kadar segar semula 144Hz dan 3ms Overdrive respond membuatkan paparan korang memang berada pada prestasi terbaik khususnya ketika sedang dipaparkan grafik yang gempak!!! Gambar lebih jelas dan tiada kekaburan.

 

Kuasa Dalaman Umpama  Raksasa 

Kalau tengah streaming, tapi laptop lag, buat malu jer!! Tapi korang jangan risau sebab komputer riba ini tampil dengan pemproses Intel Core i7 dan dipadankan dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB DDR5 memang syiok.

Lagi best Predator Triton 300 8GB RAM DDR4 2666MHz dan 512GB PCIe NVMe SSD yang membuatkan korang boleh bermain game yang berkapasiti yang sangat besar. Lebih banyak game boleh dimain. Jadi lebih banyak penonton boleh tertarik dengan anda!!

Korang mesti tak percaya lagi kan, jadi kami pun uji peranti ini menggunakan UserBenchmark dan Crystaldisk Benchmark. Hasil ujian ini mendapati, komputer riba ini tampil dengan prestasi yang sangat menakjubkan. Tak percaya? tengok sendiri!!

UserBenchmark
Crystaldisk Benchmark

 

Sistem Penyejuk Memang Padoks

Kalau korang nak tahu, Predator Triton 300 ini tampil dengan AEROBLADE 3D Technology yang mana ia merupakan sistem penyejuk yang sangat hebat. Rekaan ini mempertingkatkan aliran udara dan bunyi yang dapat dikurangkan. Jadi, ketika korang stream tak ada bunyi yang menganggu.

Rekaan bionic ini sangat memudahkan aliran udara. Ditambah dengan 59 bilah kipas yang sangat nipis yang mana setiap satu hanya berketebalan 0.1mm memberikan prestasi penyejukkan yang lebih baik.

 

Keyboard Memang Stylo!!

Nak main game, stylo kena ada. Disebabkan itu, Predator Triton 300 ini tampil dengan 4-zone RGB customized keyboard yang menggunakan Predator typeface.

Turut dihadirkan dengan butang Turbo bagi overclocking segera atau anda boleh melakukan tetapan pada PredatorSense. Korang boleh pelbagai tetapan termasuklah warna pada papan kekunci.

 

Bunyi Memang Gempak!

Nak jadi streamer, komputer kena la ada sistem bunyi yang best. Barulah seronok nak main dan orang tengok. Korang jangan risau sebab Predator Triton 300 tampil dengan Waves MaxxAudio yang mempertingkatkan bunyi dari laptop anda.

Bunyi bass pun just nice sebab ia dihadirkan dengan dengan MaxxBass yang menambahkan lagi perincian audio ketika bermain.

Tak percaya? Korang dengar la sendiri!!

 

Sambungan Yang Stabil

Ketika korang nak main game secara online atau streaming, komputer riba korang kenalah low latency dan sambungan yang utuh lagi stabil. Korang tak perlu risau, sebab Predator Triton 300 hadir dengan killer E2500, Killer Wi-Fi 6 AX1650 dan Killer Doubleshoot Pro.

Jadi ketika bermain secara atas talian, korang tiada sebarang gangguan kerana sambungan pastinya lancar sahaja.

 

Bateri Power Berdesup!

Predator Triton 300 ni tampil dengan bateri yang sangat baik iaitu 59Wh Li-ion. Jadi kami nak uji sejauh mana kepantasan ia mengecas. Kami mula mengecas peranti ini pada jam 9.01 pagi ketika bateri berada pada 8%.

Ia mencapai 100% pada jam 10.31. Mengambil masa hanya selama 1 jam 30 minit. Memang berdesup!

 

Apa Kata Editor

Kepada sesiapa yang nak start streaming atau nak upgrade komputer gaming korang, Predator Triton 300 adalah jawapannya. Dengan harga yang sesuai dengan spesifikasi yang ditampilkan, pastinya mebuatkan anda mempunyai pengalaman gaming yang terbaik!!!

_________________________

Artikel Berkaitan: