Sekarang ni, banyak giler jenama peranti pintar yang hasilkan Wireless buds yang mana HUAWEI dah pun buat lama. Yang terbaru, HUAWEI dah keluarkan buds terbaru yang dikenali sebagai HUAWEI FreeBuds 3. Nak tahu best ke tak dengan audio guna buds ni? Baca la sendiri!

 

Spesifikasi Awesome!

Nak tahu tak, HUAWEI FreeBuds 3 ini tampil dengan spesifikasi yang awesome giler!! Tak percaya? Tengok ni:

❤ Warna: Carbon Black / Merah / Ceramic White
❤ HUAWEI Kirin A1
❤ Active noise cancellation
❤ Bateri: 30mAh(min.) (per earbud) / 410mAh (min.) (charging case)
❤ Pengecasan: Wired: USB-C (5V 1.2A 6W) / Wireless: Qi standard (2W)
❤ Dimensi Earbuds: 41.5mm x 20.4mm x 17.8mm
❤ Dimensi Charging Box: ⌀60.9 x 21.8mm

 

Design Memang Cun!

Kalau korang tengok design dier memang sangat eksklusif. Sungguhpun ia seakan-akan Airpods, tetapi mempunyai ciri khas yang tersendiri.

Bagi FreeBuds 3 ini, ia hadir dengan rekaan Dolphin Bionic bagi menjaga keselesaan si pemakai ketika menggunakannya.

Tak puas nak tengok? Jom usha-usha sikit!

 

Kuasa Dalaman Memang Hebat!

Nak tahu apa yang best pasal HUAWEI FreeBuds 3 ini? Dia disertakan dengan HUAWEI Kirin A1. Ia merupakan yang pertama di dunia yang mendapat pensijilan BT/BLE dual-mode Bluetooth 5.1 SoC, HUAWEI Isochronous Dual Channel transmission technology dan class-leading 356MHz audio processor. Jadi sambungan bluetooth sangat stabil, audio memang tiptop walaupun ketika tengok movie!

 

Audio Memang Asyik!

macam yang korang tahu, FreeBuds 3 ini tampil dengan Active Noice Cancelation(ANC) yang mengurangkan noice disekeliling pengguna. Ini secara tak langsung memberikan kualiti audio yang lebih baik walaupun ketika korang melakukan panggilan.Dalam keadaan sesak juga korang masih boleh dengar tau audio!!

Nak adjust ANC ni pun boleh tau!! Korang just muat turun aplikasi AI Life. Senang giler.

Bunyi bass yang terhasil pada FreeBuds 3 ini juga sangat mengasyikkan. Kuat, jelas dan memang layan habis la.

 

Nak Connect Pun Senang Giler!!!

Kalau korang nak tahu, nak connect HUAWEI FreeBuds 3 ini senang giler!! Korang try ikut cara ini!!!

Buka Charging Box => Tekan butang dalam 1 saat
Buka tetapan Bluetooth Pada telefon – Tekan Connect

 

Kawalan Mudah Giler!!

Disebabkan FreeBuds 3 ini wireless, semua kawalan boleh dilakukan menerusi FreeBuds 3 itu sendiri:

  • Double tap disebelah kanan untuk play / tukar lagu
  • Double tap disebelah kiri untuk on / off ANC

 

Bateri Tahan Lama!

Bateri HUAWEI FreeBuds ini boleh tahan tau. ia boleh menyokong 4 jam main semula muzik berterusan apabila dicas sepenuhnya. Jika digunakan dengan kotak simpanan pengecasan, ia boleh mencapai 20 jam hayat muzik. Memang Hebat!

Korang boleh mengecas peranti ini menggunakan port USB-C atau menggunakan Wireless charging seperti yang kami lakukan menggunakan peranti HUAWEI P30 Pro.

 

Apa Kata Editor

Buat yang suka dengar lagu menggunakan earphone, dan mencari kenikmatan halwa telinga anda, HUAWEI FreeBuds 3 adalah jawapannya. Kualiti audio disamping rekaan yang sangat unik membuatkan korang harus mendapatkannya dengan harga hanya RM679!