Kebiasaannya, kalau komputer riba gaming sahaja, pastinya berat, besar dan sukar di bawa ke mana sahaja. Tapi korang jangan terkejut kalau komputer riba terbaharu daripada ILLEGEAR iaitu Onyx PRO ini boleh dikatakan peranti gaming yang ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja. Tapi kalau kecil dan ringan ini beri kesan tak kepada prestasi gaming dia? Korang baca la sendiri!!!

 

Spesifikasi Ringkas

⭐ Dimensi: 355mm x 236mm x 18mm
⭐ Berat: 1.55kg
⭐ Sistem Operas: Windows 10
⭐ Pemproses: Intel Core i7-9750H generasi ke-9
⭐ Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2070, 8GB GDDR6
⭐ Skrin: 15.6″ 4K OLED Samsung Amoled Display dengan teknologi INFINIVISION Bezel-less
⭐ RAM: 16GB DDR4 RAM 2400MHz
⭐ Storan: 512GB Seagate Baracuda SSD
⭐ Bateri: 63Wh Battery Pack (Full Range AC-in 100~240V, 50~60Hz, 230W AC Adapter)

 

Rupa Paras Not Bad

Kalau korang tengok rekaannya boleh tahan, dengan warna kelabu yang ditawarkan pada komputer riba ini membuatkan ia kelihatan gah! Ditambah dengan logo ILLEGEAR di bahagaian belakang memberikan nilai eksklusif pada peranti ini.

Lebih menarik, badan Onyx PRO ini tampil dengan magnesium alloy yang memberikan daya tahan sungguhpun ia sangat ringan.

Butang kuasa dan butang Game boost yang di hadirkan di bahagian atas sebelah kanan papan kekunci memudahkan pengguna.

Lebih menarik, susunan dan material pada papan kekunci peranti ini sangat selesa ketika digunakan. Lagi syiok kalau nak main game!!!

Tak puas kan nak tengok?? Nah korang tengok sampai puas!!!

 

Skrin Memang Puas!!!

Kalau korang nak tahu kenapa memang puas kalau korang menonton pada paparan skrin Onyx pro ini adalah kerana ia dihadirkan dengan 15.6″ 4K OLED Samsung Amoled Display dengan teknologi INFINIVISION Bezel-less!!! Memang luas sebab bezel dia sangatlah nipis.

Bagi golongan profesional seperti pereka atau content editor jugak memang sesuai guna sebab ia tersedia dengan pilihan naiktaraf 4K OLED Samsung Amoled display yang memberikan kualiti visual yang sangat baik.

 

Kuasa Dalaman Memang Power!!!

Tak kisahlah sama ada korang kaki game atau golongan profesional, kuasa dalaman Onyx Pro ini memang SUPERB!! Tampil dengan Intel Core i7-9750H generasi ke-9dengan 6 teras, 12M cache dan clock speeds sehingga 4.5Gz. Jadi sememangnya sangat lancar.

Jadi kami nak test la kuasa dalaman peranti ini. Nak tengok betul-betul power atau tidak. Kami uji menggunakan Userbenchmark dan Crystaldisck benchmark. Hasil ujian memperlihatkan ia sangat baik dan bagus. Khusus ketika bermain game. Tak percaya? Korang tengok result ini!!

UserBenchmark
Crystaldisk benchmark

 

Grafik Memang Terbaek!!!

Nak main game kena laa ada grafik yang power giler!! Betul kan?? Baru la puas!! Korang jangan risau sebab grafik pada Onyx Pro ini sememangnya power giler!!! NVIDIA GeForce RTX2070 yang memberikan kesah grafik yang sangat baik.

Menarik juga dia dihadirkan dengan automatic GPU Boost yang membenarkan overclock secara dinamik yang memberikan kesan prestasi grafik di tahap baharu.

Kami pun nak uji la kuasa grafik dengan dengan bermain permainan Dota2. Nak tengok power ke tak kan? Try tengok ni!!!

 

Sistem Penyejukkan Yang Not Bad!!

Pemproses dah sememangnya power!! jadi sistem penyejukkan kena la setara kan. Apa yang best dengan Onyx PRO adalah ia dihadirkan dengan 4 heatpipe, dua kipas dan 4 sistem vent bagi memberikan kesejukan yang maksima kepada peranti ketika digunakan. Dengan rangka badan yang diperbuat daripada Magnesium Alloy mampu mengawal suhu peranti ini!

 

Bateri Tahan Lama!!

Sungguhpun ia kecil dan ringan tapi korang jangan tertipu pulak sebab ia dihadirkan dengan bateri yang besar tau!!! Onyx PRO ini dihadirkan dengan 63Wh jadi bateri memang confirm tahan lama.

Tapi macam mana dengan masa yang diambil untuk mengecas? jadi kami cuba untuk mengecas peranti ini ketika ia berada pada 8% iaitu pada jam 11.56 pagi.

Ia dicas penuh iaitu 100% pada jam 2.26 petang. Mengambil masa hanya selama 2 jam setengah.

 

ILLEGEAR Command Center

Ini antara ciri khas yang berjaya menambat hati kami apabila ia disertakan dengan mengawal dan memantau komputer riba korang menerusi ILLEGEAR Command Center. Suhu, kelajuan rangkaian dan melaraskan kelajuan kipas, warna keyboard backlight dan pelbagai tugasan lain boleh dilakukan oleh ILLEGEAR Command Center.

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, Onyx PRO ini sememangnya sebuat peranti yang sangat berkuasa. Walaupun ia tampil dengan saiz yang sederhana dan sangat ringan, tapi spesifikasi dalaman peranti ini tidak boleh diperlekehkan. Mana lagi nak cari komputer riba gaming yang ringan kalau bukan Onyx PRO ini!!! Memang Berbaloi.