Rasmi! Siri Xiaomi Mi 10 Sokong Snapdragon 865 + RAM LPDDR5 & Kamera Utama 108MP

858

Xiaomi kini muncul dengan smartphone baru lagi menerusi pengenalan siri Xiaomi Mi 10 – membawakan sejumlah perkakasan hebat di samping kamera lebih menonjol. Tidak ketinggalan ia juga dilihat bakal menjadi pencabar baharu yang berpotesi tinggi dalam dunia peranti pintar!

Xiaomi Mi 10

Xiaomi Mi 10 membawakan paparan bersaiz 6.7″ AMOLED bersama rekaan paparan berlubang dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Papaan ini turut menyokong pengiktirafan HDR10+ dengan kadar sentuhan 180Hz touch sensing. Enjin dalaman peranti ini diperkasakan oleh Snapdragon 865.

Perkakasan ini digabungan dengan persediaan RAM sehingga 12GB (LPDDR5) serta storan sehingga 256GB. Ia turut didatangkan dengan sokongan dual mode 5G dan WiFi 6. Melengkapi peranti adalah bateri dengan kapasiti 4,780mAh + pengecasan pantas 30W. Lebih menarik, ia turut menyokong pengecasan berbalik 10W.

Untuk persediaan kamera pula, ia membawakan empat lensa utama – 108MP + 2MP + 2MP + 13MP. Kamera utama ini dikatakan menyokong rakaman video sehingga resolusi 8K dan lensa 108MP pada peranti ini berjenis ISOCELL dari Samsung. Turut mengiringinya, kamera selfie sebesar 20MP.

 

Xiaomi Mi 10 Pro 

Xiaomi Mi 10 Pro juga membawakan paparan yang sama iaitu berukurran 6.67″ AMOLED FHD+ (2340 x 1080) dengan kadar segar 90Hz. Untuk keselamatan, ia menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada papadan dan juga disertakan dengan ketahanan P2i.

Enjin dalaman diperkasakan dengan sokongan Sanpdragon 865 bersama persedian memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5) dan 512GB storan (UFS3.0). Ia juga didatangkan sistem penyejukan 3D dan teknologi Game Turbo bertujuan mengoptimumkan lagi peranti.  Untuk bateri, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 50W. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Untuk kamera pula, ia dilengkapi 4 kamera utama – 108MP + 20MP + 8MP + 12MP dan kamera selfie sebesar 20MP. Kamera ini disuntik dengan sokongan 10X hibrid zoom dan 50z digital zoom. Xiaomi Mi 10 Pro menyokong antaramuka MIUI 11 dan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Starry Blue & Pearl White.

 

Harga & Ketersediaan : 

  • Xiaomi Mi 10 (8GB + 128GB) RMB3,999 – (~kira-kira RM2,372)
  • Xiaomi Mi 10 (8GB + 256GB) RMB4,299 – (~kira-kira RM2,550)
  • Xiaomi Mi 10 (12GB + 128GB) RMB4,699 – (~kira-kira RM2,788)
  • Xiaomi Mi 10 Pro  (8GB + 256GB) RMB4999 – (~kira-kira RM2965)
  • Xiaomi Mi 10 Pro  (12GB + 256GB) RMB5,488 – (~kira-kira RM3,262)
  • Xiaomi Mi 10 Pro  (12GB + 512GB)  RMB5,999 – (~kira-kira RM3,559)