TikTok telah menjadi sebuah platform trendy yang membolehkan pengguna berkongsi hasil ciptaan dan bakat melalui peranti pintar, bahkan juga merupakan satu platform yang boleh berinteraksi sesama minat secara antarabangsa.

Sebelum ini TikTok telah melancarkan #ExperiencePenang di atas kerjasama Penang Global Tourism bagi mempersembahkan keindahan Pulau Pinang ke seluruh dunia. Alvin Chong (Instagram @alvinchong123 l TikTok @alvinchong123) sebagai orang Pulau Pinang yang suka melancong dan teknologi, juga telah berkongsi kepelbagaian Pulau Pinang melalui TikTok.

Ingin mengetahui segala-galanya penggunaan TikTok oleh Alvin, ikuti ruangan Q & A bersama beliau.

——————————————————————————————–

Q: Berapa lama Alvin telah menggunakan aplikasi TikTok? Apakah sumber yang menjadi inspirasi kepada Alvin untuk mencuba aplikasi ini?

A: Saya mula menggunakan aplikasi ini sejak bulan Mac yang lalu. Saya mendengar banyak perkara menarik mengenainya dan berasa teruja untuk mencubanya sendiri.

Inspirasi? Ia timbul sebelas mengetahui menerusi aplikasi ini bakat – bakat kreatif saya tidak lagi terhad di sini – bahkan turut dipersembahkan secara global. Jadi, mencipta sesuatu yang kreatif dan berbeza melibatkan penonton tempatan dan antarabangsa adalah satu cabaran yang menarik.

@alvinchong123How many spots have you been?#ExperiencePenang #tiktoktravel IG: alvinchong123♬ Summer – SUDI

——————————————————————————————–

Q: Pada pendapat Alvin, apa yang membuatkan TikTok nampak unik berbanding sejumlah aplikasi video lain yang sedia ada?

A: Bagi saya, aplikasi TikTok menonjol lebih unik daripada yang lain dengan format video 15 saat. Ia membolehkan saya mencipta kandungan menarik dan komprehensif dalam tempoh masa yang dikatakan sesuai dengan pilihan penggunaan anak-anak muda hari ini.

Ia adalah alat penyuntingan mudah alih untuk digunakan membuat video pengeditan. Di samping itu, pilihan audio yang banyak pada aplikasi ini sememangnya unik dan mesra pengguna. Saya sering mencari lagu diingini dan menambah pada video dengan mudah.

Petikan gambar dari IG

——————————————————————————————–

Q: Apa yang menarik bagi Alvin mengenai kempen #ExperiencePenang ini?

A: Sebagai anak jati Penang, saya dengan berbesar hati mengatakan bahawa Pulau Pinang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Kempen #ExperincePenang banyak memberi saya peluang untuk melakukan apa yang saya suka iaitu bersiar-siar dan makan. saya juga suka menghasilkan video yang menarik dengan menggunakan pilihan audio untuk menetapkan nada untuk setiap video.

Petikan gambar dari IG

——————————————————————————————–

Q: Bagaimana aplikasi TikTok membantu dalam meningkatkan hasil video #ExeperincePenang Alvin?

A: Selain daripada menjadi “tempat” penghasilan video yang menarik, TikTok juga merupakan platform inovatif dan kolaboratif. Banyak kempen menarik yang sering diperkenalkan di aplikasi & #ExperiencePenang adalah satu daripadanya.

Aplikasi ini juga memudahkan proses penangkapan dan penyuntingan video – sekaligus membolehkan saya mempamerkan keindahan banyak permandangan menarik di Pulau Pinang dalam dalam hanya 15 saat.

@alvinchong123Penang has the best authentic local food! #TiktokTravel #experiencepenang #tiktokindia♬ 吃貨 – 彤彤

——————————————————————————————–

Q: Bagaimanakah cabaran hashtag pada aplikasi TikTok memberi kesan kepada setiap kandungan Alvin?

A: Aplikasi TikTok adalah platform yang sesuai untuk semua – tidak mengira bangsa, kaum, jantina atau tahap sosio-ekonomi. Cabaran ini bukan sahaja banyak memberi inspirasi kepada saya untuk mempelbagaikan lagi kandungan di TikTok – Bahkan, menjadikan saya selesa sebagai sebahagian daripada komuniti TikTok. Di samping itu, ia juga membolehkan saya berkongsi minat yang sama dengan peminat.

——————————————————————————————–

Q: Bagaimanakah pilihan tetapan editing pada aplikasi TikTok mempengaruhi cara Alvin berkongsi kisah?

A: Disebabkan TikTok menggalakkan penceritaan melalui penyuntingan video yang mudah digunakan – saya dapat menceritakan pelbagai kisah menarik dalam format yang diingikan termasuk video pendek dengan muzik pilihan saya.

Selain itu, ditambah juga dengan pelekat dan filter yang menarik – menjadikan saya mempunyai pelbagai cara menarik untuk memberi nafas baru ke dalam sebuah cerita biasa.

@alvinchong123I dance in my boss’ room when she went to the toilet. #dualipachallenge #DontStartNow

♬ Don’t Start Now – Dua Lipa

——————————————————————————————-

Q: Ciri manakah pada aplikasi TikTok yang menjadi kegemaran Alvin? Mengapa?

A: Untuk kata ciri kegemaran tu agak sukar lah. Tapi, saya paling suka adalah pilihan audio yang pelbagai – memberikan saya banyak pilihan audio termasuk lagu saya sendiri. Selain daripada pilihan audio, ketersediaan animasi dan filter yang menarik juga menjadikan aplikasi ini sebagai platform ideal yang membolehkan pengguna untuk berkarya dengan kreatif menerusi kandungan tersesuai.

Secara peribadi, saya amat menggemari pilihan pelekat GIPHY baru yang membolehkan pengguna menambah pada video mereka.

——————————————————————————————–

Q: Bagaimana Alvin kekal “keep in touch” dengan peminat pada aplikasi?

A : Apa yang saya suka mengenai TikTok adalah keupayaan platforn ini memahami keutamaan minat pengguna. Contohnya, kandungai saya lebih cenderung akan muncul untuk pengguna yang mempunyai minat yang sama dengan saya.

Saya juga perlu mengambil kira perasaan peminat di seluruh dunia – Oleh itu, saya bukan sahaja berhubung dengan peminat tempatan sahaja, bahkan peminat di luar negara juga termasuklah Turki, Pakistan dan India. Tidak ketinggalan, ciri “react feature” juga membantu saya dalam merakam reaksi secara langsung untuk mendekatkan Alvin dengan peminat.