Pra-Tempahan Siri Samsung Galaxy S20 Di Maxis Dibuka Pada 12 Februari – Harga Bermula RM3,599!

665

Samsung kini secara rasminya memperkenalkan peranti terbaru mereka menerusi kemunculan siri Samsung Galaxy S20. Ia tersedia dalam tiga versi termasuklah Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Selain diperkasakan dengan dalaman yang menarik, ia turut memfokuskan kepada rakaman gambar dan video terhebat.

Terkini, harga jualan tempatan untuk dua versi utama telah mula dikongsi menerusi penawaran sesi pra – tempahan di laman Maxis : Samsung Galaxy S20 Ultra (RM4,999) dan Samsung Galaxy S20+ (RM3,999) &┬áSamsung Galaxy S20 (RM3,599).

Seiring perkongsian harga ini, Maxis turut berkongsi harga jualan untuk fon telinga tanpa wayar terbaru Samsung iaitu Galaxy Buds+ – berharga RM599. Menariknya, fon kepala ini diberi secara pecuma untuk setiap pembelian┬áSamsung Galaxy S20 Ultra dan Samsung Galaxy S20+! Bagi berminat, pra – tempahan akan dibuka bermula 12 Februari ini, jam 5 petang. Maklumat lanjut, layari Maxis.