Persidangan MWC 2020 Dibatalkan Ekoran Kebimbangan Berkaitan Ancaman Wabak Coronavirus

293
- Iklan -

Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) tidak akan berlaku pada tahun ini. Pada Rabu, GSMA telah mengeluarkan kenyataan mengatakan persidangan MWC 2020 dibatalkan ekoran kebimbangan berkaitan ancaman wabak Coronavirus.

Mengikut perancangan awal, persidangan tersebut bakal berlangsung pada 24 sehingga 27 Februari ini. Namun, setelah mengambil kira beberapa faktor terutamanya kesihatan dan keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat, maka ia terpaksa ditunda.

 


Kenyataan rasmi GSMA :

” Sejak edisi pertama Mobile World Congress di Barcelona pada tahun 2006, GSMA telah memimpin industri di seluruh ekosistem yang lebih luas. Dengan mengambil kira persekitaran yang selamat dan sihat di Barcelona, GSMA telah membatalkan MWC Barcelona 2020 kerana kebimbangan global mengenai wabak coronavirus dan keadaan lain.

Pihak Host City Parties menghormati dan memahami keputusan ini. GSMA dan pihak Host City Parties akan terus bekerja dan menyokong satu sama lain untuk MWC Barcelona 2021 pada edisi akan datang. Kami juga bersimpati dengan mereka yang terjejas di China, dan di seluruh dunia. Kemas kini lanjut, layari www.mwcbarcelona.com.”

 


 

Tahun lepas, lebih daripada 100,000 orang menghadiri persidangan ini. Kebanyakan mereka adalah berpangkalan di China atau bekerja untuk syarikat China. Wabak Coronavirus kini semakin teruk dan sumber berkata, bilangan kes semakin meningkat kepada lebih 42,000 orang dan 1,000 orang yang didiagnosis dengan virus di China telah meninggal dunia.

Difahamkan, pengumaman ini dikeluarkan selepas beberapas syarikat gergasi seperti Amazon , LG , Sony dan NVIDIA merancang untuk menarik diri pada persidangan kali ini – berikutan untuk memastikan pekerja mereka selamat daripada virus berkenaan.

[S U M B E R ]

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here