Permainan Moving Out Bakal Tampil Dengan Aksesori Hijab Bagi Watak Pemain!

222

Kaki game mesti tahu mengenai permainan Moving Out yang mana permainan ini membenarkan pemain memindahkan kelengkapan rumah seperti perabot ke lori pemindahan. Dah nama pun ‘Moving out’.

Ada sesuatu yang menarik mengenai permainan ini apabila menurut SMG Studio, permainan ini akan turut menyertakan aksesori hijab!!!

Ketua studio itu menyifatkan bahawa tindakan menggunakan aksesori hijab di dalam permainan ini akan menjadi kelaziman di dalam permainan video di masa akan datang.

Permainan ini bakal tersedia menerusi platform Xbox One, PlayStation4, Switch dan PC dan dikeluarkan pada 28 April ini.

__________________________

Artikel Berkaitan: