Peranti 5G Redmi K30 Pro Bakal Diperkenalkan Mac 2020 – Sokong Snapdragon 865 + WiFi 6

520

Setelah siri Redmi K30 diperkenalkan pada Disember 2019, kini peranti berspesifikasi tinggi Redmi K30 Pro bakal tiba pada Mac 2020!

Menerusi gambar acah yang dikonsikan, Redmi K30 Pro akan menggunakan rekaan skrin penuh dengan kamera swafoto yang telah disembunyikan. Menurut lagi, peranti flagship ini dijangka menggunakan pemproses Snapdragon 865, sokong storan dalaman LPDDR5 RAM dan UFS 3.0, serta pengecasan pantas 30W dan rangkai WiFi 6.

Redmi K30 Pro akan hadir dengan rekaan yang lebih menawan, prestasi dalaman dan kualiti penggambaran yang lebih berkuasa menurut CEO Redmi. Untuk mengetahui spesifikasi penuh peranti ini, kita nantikan sahaja ketibaannya pada Mac 2020.