Pendedahan Terkini! Sarung Pelindung iPad Pro Baharu Memperlihatkan Kehadiran Tri-Kamera!

343

Bukan sahaja iPhone 12 menjadi perbualan ramai setelah siri iPhone 11 diumumkan rasmi, ramai juga yang berminat pada reka bentuk iPad Pro 2020. Terkini terdedah pula sarung pelindung iPad Pro 2020, sekaligus papan kekunci pintar yang dikeluarkan oleh Pad & Quill telah menerima pra-tempahan.

Menerusi gambar sarung pelindung, jelas memperlihatkan reka bentuk iPad Pro 2020 agak sama dengan iPad terdahulu. Hanya rekaan pada panel belakang ada wajah baharu, iaitu kamera serupa iPhone 11 Pro yang mana dibekalkan gabungan tri-kamera.

Selain tri-kamera, iPad baharu juga mungkin akan dilengkapi dengan sensor ToF untuk meningkatkan fungsi AR/VR. Butang kuasa, butang suara, pembesar suara, mikrofon dan port sambungan USB-C juga jelas nampak melalui sarung pelindung.

Apple Pencil juga sama seperti generasi sebelumnya, iPad Pro 2020 dilaporkan mempunyai 2 varian iaitu 11 inci dan 12.9 inci yang mana akan dilengkapi cip pemproses Apple A14. Selain itu, varian 12.9 inci juga akan menggunakan paparan mini-LED, bermakna ia mempunyai reka bentuk nipis dan resolusi yang lebih tinggi sekaligus mampu meningkatkan kecekapan kerja.

Tarikh pelancaran iPad Pro 2002 masih tidak diketahui lagi, mungkin ditangguhkan sehingga Sepptember 2020 disebabkan wabak COVID-19.