Pelan Giler Unlimited U Mobile Kembali Lagi – Nilai Tiada Bandingan Dengan Kelajuan Lebih Tinggi

902

Pelan Giler Unlimited dari U Mobile terbukti satu kejayaan besar disebabkan nilainya yang tiada bandingan, kini ia kembali lagi dengan 2 pelan baharu iaitu pascabayar GX68 dan prabayar GX38 yang mana masing-masing berharga RM68/sebulan dan RM38/30 hari.

Pelan pascabayar GX68 menawarkan data 4G berkelajuan tinggi pada bila-bila masa di mana jua tanpa kekangan kelajuan, tambahan lagi ia didatangkan dengan panggilan tanpa had dan 5GB ‘hotspot’.

Pascabayar GX68

Bagi pelan baharu GX38, ia menawarkan data tanpa had bagi penggunaan semua aplikasi pada bila-bila masa dengan kelajuan 6mbps, iaitu 2x lebih pantas daripada GX30 di samping juga tersedia dengan 3GB ‘hotspot’. Jika perlukan kelajuan lebih tinggi, anda boleh menambah Data Booster 5 pada RM5 kepada pelan mereka bagi mengakses data 10GB berkelajuan tinggi selama 14 hari.

Prabayar GX38

Pelanggan yang mendaftar pelan GX68 dalam tempoh promosi, akan menikmati yuran akses bulanan pada RM58 sahaja untuk sepanjang hayat. Manakala mendaftar untuk pelan GX38 hanya perlu membayar RM35 sahaja sepanjang tempoh promosi mulai sekarang dan hanya sah untuk tempoh terhad sahaja.

Maklumat lanjut, layari laman rasmi U Mobile.