OPPO Reno 3 Pro – Peranti Pertama Di Dunia Hadir Dengan 44MP Dual Punch-Hole Kamera, Rasmi Pada 2 Mac 2020!

1360

Pasaran India akan memperkenalkan OPPO Reno 3 Pro secara rasmi pada 2 Mac 2020, dan kini laman rasmi OPPO India turut mendedahkan spesifikasi kamera peranti ini.

Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran kamera swafoto pada Reno 3 Pro, yang mana ia merupakan peranti pertama di dunia yang menggunakan 44MP dwi-kamera swafoto Punch-hole.

Lensa 2MP Depth Sensor turut disediakan di atas kiri skrin AMOLED, bagi menghasilkan swafoto yang lebih cantik.

Selain kamera swafoto, konfigurasi untuk kamera utama juga menarik di mana ia hadir dengan kuad kamera 64MP Ultra Clear + 13MP Telephoto + 2MP Mono Lens + 8MP Ultra Wide-angle. Untuk spesifikasi penuh, kita tunggu sehingga hari perasmian nanti.

_______________

BACA JUGA: