Nintendo Switch Lite Kini Tampil Dengan Warna Baharu Coral – Anggaran Harga Jualan RM756

414

Konsol permainan baharu dari Nintendo yang dikenali sebagai Nintendo Switch Lite, kini perkenalkan penambahan warna baharu iaitu Coral selain warna Turquoise, Grey dan Yellow pada tahun lepas.

Warna baharu ini dikatakan mendapat inspirasi dari pilihan warna Pantone yang bertemakan “Color of the Year for 2019“, atau mungkin disebabkan pihak Nintendo ingin melancarkan sempena musim bunga (Cherry Blossom Season).

Konsol dengan warna baharu ini akan dijual mulai 20 Mac di Jepun, sementara pra-tempahan akan dibuka mulai 7 Mac. Harga jualan Switch Lite Coral masih tidak berubah, iaitu ¥19,980 (~RM756).