Mario & Sonic At The Olympic Games Bakal Dilancar 7 Mei Ini: Pra-Daftar Boleh Dilakukan Sekarang!!

293

Bersempena dengan Olimpik Tokyo 2020, Sega telah mengumumkan mengenai permainan terbaharu yang dikenali sebagai Mario & Sonic at the Olympic Games dan tersedia bagi Android dan iOS.

permainan ini bakal memperlihatkan sebanyak 15 acara sukan antaranya lumba lari, lompat jauh,Karate dan banyak lagi.

Menariknya, ia boleh dimainkan secara atas talian dan bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam ranking.

Bagi yang berminat, pra-pendaftaran telah dibuka dan anda akan mendapat ganjaran bergantung kepada jumlah pemain yang mendaftar. Berikut adalah ganjaran yang boleh didapati mengikut jumlah pra-daftar:

100 ribu: Mendapat muzik ‘Ocean View’ daripada Team Sonic Racing
300 ribu: Mendapat ‘Training Points’ – boleh buka acara dan skills
500 ribu: Mendapat lencana berdasarkan watak Miraitowa(Maskot Olimpik tokyo 2020)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang olympicvideogames.

__________________

Artikel Berkaitan: