Legenda Kembali! Nokia TA-1212 Tampil Dengan Rekaan Klasik Serupa XpressMusic!

1802
Nokia 5130 XpressMusic

Bagi peminat tegar Nokia, tentunya masih teringat lagi model XpressMusic yang terkenal dengan kombinasi warna hitam dan merah kan! Peranti yang menyasarkan penggemar muzik ini mungkin bakal diperkenalkan semula lagi oleh Nokia.

Melalui laman rasmi TEENA, Nokia baharu yang diberikan nama TA-1212 mempunyai reka bentuk klasik seperti mana XpressMusic dan merupakan peranti asas dengan sokongan papan kekunci T9.

Spesifikasi asas yang dibekalkan adalah skrin 2.4 inci dengan storan 8MB RAM dan 16GB ROM yang turut serta dengan sokongan microSD sehingga 32GB, cip 360Mhz, bateri sebesar 1200mAh dan kamera 0.3MP dengan LED Flash di sebelahnya.