Kejohanan Asia Pacific Predator League 2020 Ditunda Ke Tarikh Baharu

234

Kejohanan Acer Asia Pacific Predator League 2020 terpaksa ditunda ke tarikh baharu demi kepentingan kesihatan peserta, penonton dan kakitangan kejohanan ekoran wabak coronavirus yang kini berleluasa. Hampir 20,000 keping tiket telah terjual dan pada asalnya ia dijadualkan berlangsung di Manila, Filipina pada 19 – 23 Februari ini.

Pun begitu, ia terpaksa ditunda ke bulan Jun atau Julai kelak. Tarikh baharu serta informasi mengenai penggunaan semula/bayaran balik tiket akan dikongsi menerusi laman web rasmi dalam masa terdekat. Peserta pula akan terus dihubungi dengan notis mengenai kemas kini penting. Maklumat lanjut, sila layari Predator Gaming.