Kebocoran Samsung Galaxy S20 Lagi! Sarung Pelindung Rasmi Pula Muncul?

889

Semakin dekat dengan pelancaran rasmi, semakin banyak maklumat tertiris mengenai Samsung Galaxy S20 didedahkan. Terkini, sarung pelindung rasmi pula dikatakan telah muncul – didatangkan dengan pelbagai pilihan kemasan di samping ciri menarik. Ia juga secara tidak langsung mendedahkan reka bentuk yang bakal dibawa oleh peranti. Berikut adalah imej tertiris :

Samsung Galaxy Unpacked 2020 dijadulkan berlangsung pada 11 Februari ini (Waktu Malaysia : 12 Februari 2020, 3am) dan mereka dijangka memperkenalkan siri Samsung Galaxy S20 kepada umum. Adakah korang teruja menunggu? Jangan lupa tonton LIVE acara ini bersama kami dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!