HUAWEI Perkenal AppGallery & HMS Core 4.0 – Bagi Mewujudkan Ekosistem Aplikasi Mudah Alih Baharu

523

Pada persidangan pelancaran HUAWEI Virtual, syarukat tersebut turut muncul dengan APPGallery – di mana merupakan sebuah platform muat turun untuk pelbagai aplikasi buat pengguna peranti HUAWEI. Menurut HUAWEI, AppGallery amat mementingkan privasi pengguna – di mana maklumat yang melibatkan data biometrik tidak akan diproses luar daripada peranti yang diguna pakai.

Buat masa ini, AppGallery sudah boleh didapati di 170 negara dan telah diakses oleh lebih 400 juta/bulan. Tidak ketinggalan, HUAWEI juga bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti News UK untuk membawakan kandungan eksklusif buat pengguna AppGallery.

Pada acara yang sama, HUAWEI juga melancarkan HMS Core 4.0 (HUAWEI Mobile Services) kepada pemaju global – sekaligus,  mencipta pengalaman baru yang unik bagi memanfaatkan keupayaan perisian penuh peranti HUAWEI yang ditawarkan.

Richard Yu mengatakan ia adalah cara baru HUAWEI mewujudkan ekosistem aplikasi mudah alih mereka sendiri kepada alternatif pengguna global –  terhadap ekosistem sedia ada. Dengan mengintegrasikan HMS ke dalam aplikasi menerusi HMS Core 4.0 – keupayaan pada peranti HUAWEI dapat digunakan dengan cepat.