Hasil Gambar Dari Lensa realme X50 Pro Dikongsi – Dedah Keupayaan Kamera Peranti

440

Sebelum ini, realme mendedahkan bahawa pendatang baru mereka iaitu realme X50 Pro bakal dilengkapi lensa utama 64MP dengan sokongan 20X zoom hibrid. Terkini, butiran keupayaan kamera pula didedahkan menerusi beberapa perkongsian hasil gambar yang diambil menggunakan peranti berkenaan. Gambar – gambar yang dikongsi memparkan keupayaan mode malam dan zoom. Lihat sendiri…

NIGHT MODE (OFF)
NIGHT MODE (ON)

Pelancaran global untuk realme X50 Pro akan diadakan secara atas talian pada 24 Februari ini – menerusi laman rasmi realme.com dan YouTube. Ia berikutan pembatalan persidangan Mobile World Congress (MWC) 2020 ekoran kebimbangan wabak Coronavirus.