Giliran Samsung Galaxy Buds+ Pula? Spesifikasi Penuh Kini Bocor – Bateri Lebih Besar!

501

Kehangatan acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 kian terasa dengan kebocoran banyak maklumat mengenai peranti yang bakal dipersembahkan. Selepas imej didakwa memaparkan rekaan Samsung Galaxy S20 Ultra bocor, kini giliran Samsung Galaxy Buds+ pula menjadi topik hangat!

Katanya spesifikasi penuh mengenainya telah tertiris – sekaligus mendedahkan ia mungkin didatangkan dengan peningkatan lebih baik terutamanya untuk keupayaan bateri. Memetik sumber, keupayaan jangka hayat bateri untuk model kali ini dikatakan lebih besar – di mana penggunaan sehingga 11 jam dengan sekali pengecasan. Malah kapasiti bateri juga lebih besar – 85mAh.

Samsung Galaxy Buds+ didatangkan dengan Bluetooth 5.0 dan menyokong sambungan pelbagai peranti. Ada kemungkinan juga Samsung bakal menyertakan format Audio LE yang baru. Selain dari kawalan biasa melalui pad sentuhan, Galaxy Buds+ juga dikatakan mungkin boleh mengawal Spotify.

Tidak ketinggalan, Samsung juga dikatakan mengeluarkan aplikasi khusus untuk pengguna iPhone bagi menyesuaikan kawalan tahap bateri. Ia juga bakal mengekalkan penarafan IPX2 yang terdapat pada Galaxy Buds sebelum ini. Sama – sama kita nantikan kemunculannya pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 kelak.

[ S U M B E R ]