Gempar!! Siri Samsung Galaxy S20 Dah Rasmi – Dijual Pada Harga Bermula Dari Kira-Kira RM4127

250
- Iklan -

=================== UPDATE ===================

HARGA JUALAN SIRI GALAXY S20:
📍 Samsung Galaxy S20 – RM3,599
📍 Samsung Galaxy S20+ – RM3,999
📍 Samsung Galaxy S20 Ultra – RM4,999
PRE – ORDER BERMULA 12 FEBRUARI!

Di Malaysia, siri Samsung Galaxy S20 boleh di pra-tempah bermula dari 12 Februari jam 5 petang di maxis. [ PRA TEMPAHAN MAXIS ]


 

Bersempena dengan Samsung Galaxy Unpacked 2020, Samsung telah memperkenalkan beberapa siri peranti dan yang mencuri tumpuan pastinya Siri Samsung Galaxy S20 yang pastinya memberikan prestasi yang terbaik.

Samsung Galaxy S20

Rekaan Samsung Galaxy S20 sangat ekslusif dan tampil dengan skrin yang baik iaitu 6.2″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X . Ia turut dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa iaitu Exynos 990/Snapdragon 865 dan dipadankan dengan RAM yang sangat besar iaitu 8GB /12GB dan storan sebesar 128GB(MicroSD sehingga 1TB). Ia sekaligus memberikan prestasi yang terbaik kepada pengguna. Berikut adalah sepsifikasi penuh peranti ini.

❤ 6.2″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X
❤ Refresh rate 120HZ
❤ Corning Gorilla Glass 6
❤ HDR10+
❤ Android 10
❤ Exynos 990/Snapdragon 865
❤ Storan: 128GB(MicroSD sehingga 1TB)
❤ RAM: 8GB(LTE) / 12GB(5G) (LPPDR5)
❤ Kamera Utama: 64MP(F2.0) + 12MP(f/1.8) + 12MP(f/2.2)
❤ Kamera hadapan: 10 MP(f/2.2)
❤ 3x Hybrid Optic Zoom / Sehingga 30x Super Resolution Zoom
❤ Rakaman Video 8K
❤ 4000 mAh (Pengecasan Pantas 25W)
❤ Warna: Cosmic Grey, Cloud Blue, Cloud Pink
❤ Harga: $999(Kira-kira RM4127)

 

Samsung Galaxy S20+

Antara yang menjadi sebutan peminat Samsung adalah Samsung Galaxy S20+ turut dilancarkan. Selari dengan keterujaan peminat, ia mempamerkan prestasi yang sangat berkuasa dan hebat.

Spesifikasi tidak banyak berbeza dengan S20. Tampil dengan skrin bersaiz 6.7″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X memberikan tontonan terbaik kepada pengguna. Pemproses peranti ini juga antara yang sangat bekuasa di pasaran pada ketika ini iaitu Exynos 990/Snapdragon 865.

Ia dipadankan dengan RAM sebesar 8GB/12GB (LPPDR5) dan storan sebesar 128GB/ 256GB / 512GB (MicroSD sehingga 1TB).

Kamera peranti ini juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 64MP(F2.0) + 12MP(f/1.8) + 12MP(f/2.2) + Depth Vision bagi kamera utama dan 10 MP(f/2.2) bagi kamera belakang. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini.

❤ Android 10
❤ 6.7″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X
❤ Exynos 990/Snapdragon 865
❤ Storan: 128GB/ 256GB / 512GB (MicroSD sehingga 1TB)
❤ RAM: 8GB/12GB (LPPDR5)
❤ Kamera Utama: 64MP(F2.0) + 12MP(f/1.8) + 12MP(f/2.2) + Depth Vision
❤ Kamera hadapan: 10 MP(f/2.2)
❤ 120Hz
❤ Rakaman Video 8K
❤ 3x Hybrid Optic Zoom
❤ Sehingga 30x Super Resolution Zoom
❤ 4500mAh(Pengecasan Pantas 25W)
❤ Warna: Cosmic Grey, Cloud Blue, Cosmic Black
❤ Harga: $1199 (Kira-kira RM4954)

 

Samsung Galaxy S20 Ultra

Ni adalah model perkasa dalam siri Samsung Galaxy S20 iaitu Galaxy S20 Ultra yang memberikan prestasi terbaik bagi rangkaian ini. Ia tampil dengan skrin yang sangat luas iaitu 6.9″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X.

Turut dihadirkan dengan pemproses berkuasa Exynos 990/Snapdragon 865 dan disertakan dengan RAM sebesar 12GB/16GB dan storan sebesar  128GB / 256GB / 512GB (MicroSD sehingga 1TB).

Kamera sememangnya hebat apabila ia tampil dengan sistem 4 kamera. Bagi kamera utama ia tampil dengan 108MP(f/1.8) + 48MP(f/3.5) + 12MP(f/2.2) + DepthVision dan 40 MP(f/2.2) bagi kamera hadapan.

❤ 6.9″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X
❤ Corning Gorilla Glass 6
❤ HDR10+
❤ Android 10
❤ Exynos 990
❤ Storan: 128GB / 256GB / 512GB (MicroSD sehingga 1TB)
❤ RAM: 12GB/16GB
❤ Kamera Utama: 108MP(f/1.8) + 48MP(f/3.5) + 12MP(f/2.2) + DepthVision
❤ Kamera Hadapan: 40 MP(f/2.2)
❤ 10x Hybrid Optic Zoom
❤ Sehingga 100x Super Resolution Zoom
❤ 5000 mAh(Pengecasan Pantas 45W)
❤ Warna: Cosmic Grey, Cosmic Black
❤ Harga: $1399(RM5780)

Menariknya ketika pelancaran tadi, Samsung turut memperkenalkan edisi khas bersempena dengan Olimpik Tokyo 2020.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here