Geekbench Tertiris?! Samsung Galaxy S10+ Akan Menyokong Android 11?

708

Google baru sahaja melepaskan program Android 11 Developer Preview bagi Google Pixel, kini Samsung pula dipercayai juga sedang menguji kemas kini Android 11.

Sumber ini telah ditemui melalui laman Geekbench yang memperlihatkan skor Galaxy S10+ di bawah sistem operasi Android 11, tambahan lagi varian global dengan cip pemproses Exynos 9820 digunakan dalam pengemaskinian kali ini.

Adakah penggguna Galaxy S10+ (Klik REVIU) akan menjadi peranti pertama menerima kemas kini Android 11? Buat masa ini semua maklumat masih tidak diketahui lagi, apa-apa kita nantikan berita selanjutnya.

____________

BACA JUGA:

14 Tips Wajib Tahu Pada Samsung Galaxy S10+, Wow Giler!!!