Gara-Gara Apple Watch, Nyawa Seorang Remaja Terselamat!!!

792

Apple Watch sekali lagi menjadi penyelamat nyawa, kali ini melibatkan remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Skylar Joslin yang mana pada ketika itu peranti itu mengesan kadar degupan jantung kanak-kanak tersebut sehingga 190 degupan dalam satu minit.

Ibu remaja tersebut yang dikenali sebagai Liz telah menerima screenshot daripada anaknya yang memperlihatkan catatan degupan jantungnya dan memberitahu ada sesuatu yang tidak kena.

Beliau kemudiannya bergegas ke sekolah dan membawa anaknya terus ke hospital. Ketika di hospital, degupan jantung terus meningkat kepada 280bpm.

Remaja tersebut bernasib baik kerana menerima rawatan awal di hospital kerana beliau telah didiagnos dengan supraventricular tachycardia atau SVT.

Liz kemudiannya berasa sangat bersyukur kerana Apple Watch anaknya telah mengesan awal sesuatu yang tidak kena pada anaknya dan nyawanya dapat diselamatkan.

________________________

Artikel Berkaitan: