Bagaimana Untuk Menggunakan Filter ‘Groundbreaking’ Di Aplikasi Snapchat?

Snap Inc. kini menambah satu lagi filter baharu pada aplikasinya – ‘Groundbreaking’. Filter ini dapat mengubah tanah dalam pandangan kamera Snapchat secara real – time menjadikannya lubang lava dan air yang tenang. Pengalaman AR ini dikuasakan oleh model pembelajaran mesin untuk memahami geometri dunia – sekaligus mencipta pengalaman yang mengubah persekitaran.

 

Bagaimana Untuk Mengakses?

  • Buka aplikasi Snapchat
  • Klik skrin kamera untuk membuka Lens Carousel (Ketik dua kali skrin atau ketik butang “switch” pada sudut kanan atas jika anda perlu bertukar paparan)
  • Leret Carousel Lens untuk mencari kanta ‘Floor is Water’ & ‘Floor is Lava’
  • Ketik / tahan butang utama untuk menangkap!
You might also like