Digi PhoneFreedom 365 Tawarkan Pra-Tempahan Bagi Siri Samsung Galaxy S20 – Nikmati 200GB Data Internet + Percuma Galaxy Buds+

563

Siri Samsung Galaxy S20 sudah rasmi diperkenalkan dan tawaran harga untuk pasaran Malaysia telahpun dirasmikan, susulan pra-tempahan yang telah dibuka mulai 12 ~ 26 Feb 2020.

Bagi pelanggan Digi, kini anda boleh membuat pra-tempahan bagi Galaxy S20 atau S20+ dengan pelan PhoneFreedom 365 pada RM0 bayaran pendahuluan. Tawaran menarik termasuk berpeluang mendapat percuma sebuah Galaxy Buds+ yang bernilai RM599, serta 100 pelanggan Digi Platinum Members akan mendapat baucar aksesori bernilai RM 120.

Tambahan lagi, pelanggan Digi juga akan menerima data Internet sehingga 200GB sebulan, percuma Roaming & IDD ke 10 negara dan berhak menerima peningkatan peranti percuma selepas bulan ke-20.

Pelanggan yang mendaftar pelan Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 juga akan menerima Digi Shield percuma yang dapat melindungi peranti daripada kerosakan tidak sengaja selama 2 tahun.

Ketersediaan Samsung Galaxy S20 dan S20+ di semua Digi Store di seluruh negara pada 6 Mac 2020, maklumat lebih lanjut, boleh layari Digi.

___________________

BACA JUGA: