- Iklan -

Kemunculan peranti terbaharu daripada Samsung iaitu siri Samsung Galaxy S20 ketika Galaxy Unpacked 2020 bukan hanya memperkenalkan telefon baharu. Tetapi ia turut memperkenalkan teknologi-teknologi masa hadapan yang dihadirkan pada telefon terbaharu ini. Tak percaya? Jom tengok!!

[ PRA-TEMPAHAN: Senarai Harga Siri Samsung Galaxy S20! Bermula RM3,599 & Pra Tempahan Dibuka 12 Februari! ]

 

Skrin Nice Giler

Kalau nak tau, skrin pada Samsung Galaxy S20 Ultra memang besar dan best giler!!! Skrin 6.9″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X pastinya memberikan tontonan yang terbaik kepada pengguna. Teknologi pada skrin ini memberikan kualiti paparan yang tiada tolok banding.

 

Pemproses

Kesemua peranti siri Samsung Galaxy S20 ini dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa iaitu Exynos 990/Snapdragon 865. Ini merupakan antara cip pemproses paling berkuasa di pasaran pada ketika ini yang dihadirkan pada telefon pintar. Teknologi ini pastinya kesinambungan di masa hadapan.

 

Samsung LPDDR5

Buat pertama kalinya, RAM peranti bagi siri ini dihadirkan dengan LPDDR5 yang mana ia menyediakan RAM sebesar sehingga 16MP!!! Memang terbaik!!! Jadi boleh melakukan gerak gerak dengan lancar dan multitask dengan pada peranti ini.

 

Kadar Segar Semula 120Hz!

Kalau korang nak tahu, telefon ini dihadirkan dengan kadar segar semula yang sangat baik iaitu 120Hz. Keupayaan skrin ini menghasilkan kadar segar semula ini nyata menjadi perintis di masa hadapan.

 

Kamera 108MP

Kalau nak tahu, Samsung Galaxy S20 Ultra ini dihadirkan dengan 108MP(f/1.8) + 48MP(f/3.5) + 12MP(f/2.2) + DepthVision bagi kamera utama. Ia merupakan antara yang terawal menggunakan kamera sebesar ini di pasaran. Tidak hairanlah kualiti gambar yang dipamerkan sangat menakjubkan.

 

100x Zoom

Yang lagi best, Samsung Galaxy S20 ultra ini disediakan dengan keupayaan zoom yang mengagumkan. Ia dihadirkan dengan 10x Hybrid Optic Zoom yang mana ia mampu zoom sehingga 100x Super Resolution Zoom. Power giler!!! Nak zoom gambar jauh pun tak ada masalah sekarang!!!

 

Rakaman 8K

Ketiga-tiga siri peranti Samsung Galaxy S20 ini dihadirkan dengan rakaman video 8K yang sangat menakjubkan. Ia adalah 4 kali lebih besar berbanding UHD dan 16 kali baik berbanding FHD! Teknologi ini pastinya menjadi pelopor dalam dunia peranti pintar.

 

Single Take

Teknologi ini sangat unik kerana menerusi Single Take shooting mode membenarkan anda merakam video bersaiz kecil, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis gambar atau video.

 

Kamera Selfie 40MP!!!

Perghh memang mantop! Samsung Galaxy S20 Ultra ini tampil dengan 40 MP(f/2.2) tau!!! Memang terbaik hasil gambar peranti ini.  Memang pelopor bagi kamera Selfie dalam dunia peranti pintar ini!!!

 

Teknologi  5G !

Kalau nak tahu, siri ini menyokong teknologi 5G. Jadi rangkaian anda akan berdesup kencang disebabkan oleh 5G ini. Sememangnya teknologi masa hadapan pada siri Samsung Galaxy S20 ini!!

Tak rugi kalau korang memiliki peranti ini kerana spesifikasinya adalah sangat maju dan ke hadapan!!

______________

BACA JUGA:

 

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here