Korang mesti tahu kan yang Samsung baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S20! Namun korang tahu ker apa yang best tentang telefon ini berbanding telefon-telefon lain yang berada di pasaran?

Tak tahu kan? Meh baca 10 Perkara Best Tentang Samsung Galaxy S20 Lain Dari Yang lain!!!

[ PRA-TEMPAHAN: Senarai Harga Siri Samsung Galaxy S20! Bermula RM3,599 & Pra Tempahan Dibuka 12 Februari! ]


Design Memang Rare

Kalau korang tengok design peranti Samsung Galaxy S20 ini memang lain dari yang lain dan tampak sangat eksklusif. Dengan perincian yang pada panel belakang memberikan sentuhan eksklusif setanding dengan harganya. Dengan warna yang ditampilkan iaitu Cosmic Grey, Cloud Blue dan Cloud Pink pasti buat korang jatuh cinta.

 

Skrin Hebat

Ni sesuatu yang best kerana paparan Samsung Galaxy S20 ini sangat luas!!! Tampil dengan skrin bersaiz 6.2″ Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X pastinya membuatkan lebih syiok untuk menonton. Lagi best apabila bezel yang sangat nipis menambahkan lagi kehebatan paparan pada peranti ini.

 

Kadar Segar Semula 120Hz

Paparan pada Samsung Galaxy S20 ini confirm smooth giler sebab ia turut dihadirkan dengan kadar segar semula 120Hz!! Memang jarang la ada pada peranti lain!!

 

Pemproses Terbaik

Harga memang sedikit mahal, tapi korang jangan risau, sebab dia hadir dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Exynos 990/Snapdragon 865 mengikut negara. Tapi apa yang pasti, dengan pemproses berkuasa ini mampu melaksanakan gerak kerja yang sangat baik tanpa lag!!

 

RAM Giler Besar

Bagi memadankan kuasa dalaman yang sangat berkuasa, ia turut dihadirkan dengan RAM yang sangat besar iaitu 12GB. Jadi lebih banyak aplikasi boleh dimuat turun dan menggunakan aplikasi dengan lancar!

 

Kamera Power Giler!!

Ini tak boleh nak kata apa, Samsung Galaxy S20 ini tampil dengan kamera utama 64MP(F2.0) + 12MP(f/1.8) + 12MP(f/2.2). Manakala bagi kamera hadapan pula ia disertakan dengan 10 MP(f/2.2). Hasil gambar pastinya sangat menakjubkan apabila dirakam menerusi lensa peranti ini

 

Boleh Zoom Sampai 30x!!!

Pada ketika ini, berlumba-lumba pengeluar telefon menghasiakan peranti yang mampu zoom jauh!!! Samsung Galaxy S20 pun tak nak kalah tau sebab dia mampu zoom sehingga 30X tau!!! Perghh!! Zoom cacing dekat seberang laut pun boleh nampak ke ni?

 

Bateri Memang Padoks

Nak tau ape lagi best? Bateri dia besar juga guys!! 4000mAh tau!! Jadi kalau korang guna telefon ini dalam jangka masa lama pun tiada masalah. Selamat tinggal kepada power bank!!

 

Rakaman Video 8K

Kalau korang nak tahu, telefon ini menyokong rakaman video 8K!!! Pergh.. Kualiti yang dipamerkan ini sangat menakjubkan. Ia adalah 4 kali lebih besar daripada UHD dan 16 kali lebih dari FHD.

 

Kamera Dengan Sensor Imej Yang Besar

Samsung Galaxy S20 ini tampil dengan sensor imej yang besar yang memberikan gambar yang lebih menarik dan warna yang sangat baik walaupun dalam keadaan situasi low light. Kameranya boleh merakam beberapa gambar dalam sekali rakaman dan mengabungkan di dalam 1 gambar. Jadi gambar akan lebih jelas.

Jadi, sekarang korang dah tau kan apa yang best mengenai peranti Samsung Galaxy S20 ini kan. So, kumpul duit dan beli!!!

______________

BACA JUGA: