Peranti boleh lipat baharu dari HUAWEI kini rasmi! Dari segi luaran, HUAWEI Mate Xs tidak banyak beza dengan generasi sebelumnya, namun ada juga penambahbaikan yang ketara padanya. Jom kita semak apa yang best sangat!

Keistimewaan Mate Xs adalah paparan skrin yang boleh dibahagikan kepada 3, iaitu paparan penuh 8” apabila dibentang, paparan hadapan 6.6” (dilipat) dan paparan belakang 6.38” (dilipat). Multi-Window Design yang baharu juga sangat mudah digunakan.

Keupayaan kamera Leica menjamin kualiti penggambaran yang menakjubkan, tambahan sokongan cip pemprose Kirin 990 5G sekaligus menjadikan Mate Xs sebuah peranti boleh lipat yang paling berkuasa.

Selain itu, kuasa bateri juga sangat mengujakan kerana ia didatangkan dengan kapasiti 4,500mAh. Sokongan pengecasan pantas Ultra Fast 55W HUAWEI SuperCharge berupaya mengecas penuh peranti sebanyak 85% dalam hanya 30 minit, power kan?!

HUAWEI Mate Xs kini ditawarkan pada harga €2,499 (~RM11,332), dan bakal tersedia di seluruh negara pada 20 Mac ini.