vivo Patenkan Peranti Baru Dengan 4 Kamera Utama Bersama Rekaan Unik + Paparan Berlubang

234

Semakin hari dirinya semakin galak nampaknya pengeluar telefon pintar berlumba – lumba mengeluarkan peranti dengan rekaan yang punya keunikan dan keistimewaan tersendiri. Terbaru, vivo juga tidak ketinggalan apabila muncul dengan paten baharu untuk peranti mereka – binaan 4 kamera utama dengan rekaan unik + paparan skrin berlubang.

Memetik khabar angin tersebar, vivo telah memfailkan reka bentuk tersebut di National Intellectual Property Office (CNIPA) sekitar 29 Mei lepas. Bagaimanapun, ia dikatakan telah diumumkan secara rasmi pada 7 Januari lalu dan butiran lain bakal menyusul. Jika diteliti, paten tersebut memperlihatkan peranti baru daripada vivo ini bakal menggunakan sokongan skrin berlubang pada paparan hadapan. Rekaan dagu pada peranti dilihat sedikit tebal.

Selain itu, terdapat persediaan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas dan ia mungking menggunakan port USB-C (ditempatkan pada bahagian bawah). Pada masa sama, paten tersebut turut mendedahkan rekaan untuk panel belakang – di mana dibina dengan sokongan empat kamera utama bersama rekaan yang unik.

Pun begitu, pendedahan paten tidak bermakna sesebuah syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan – ia memberi gambaran mereka kini sedang meneroka lebih inovasi terkini dan berusaha ke arahnya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here