[ Ura-Ura ] Sony Xperia 1.1 Bakal Hadir Dengan Skrin Sebesar 7 Inci?!

303
- Iklan -

Walaupun Sony tidak kerap mengeluarkan peranti pintar di bawah siri Xperia seperti mana jenama yang lain, namun siri ini tetap mempunyai peminatnya dan sentiasa dapat menjadi perbualan orang ramai.

Berita terkini dari media Jepun, peranti flagship terbaru dari Sony yang dikenali sebagai Xperia 1.1 bakal menggunakan paparan skrin sebesar 6.8 ~ 6.9 inci. Ukuran ini boleh dikatakan terbesar buat masa kini dan ia akan tampil dengan paparan skrin penuh tanpa takuk, nisbah skrin mencapai 21:9.

Menurut sumber, siri Xperia terbaru akan hadir dalam 4 varian iaitu versi biasa, versi 5G, versi skrin kecil dan versi kelas permulaan. Bagi versi 5G, ada berita yang mengatakan ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865.

Tambahan lagi, paparan skrin 4K yang sedia ada dalam siri Xperia akan dibuangkan dalam versi 5G supaya daya ketahanan bateri boleh terjamin.

____________

BACA JUGA:

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here