[Ura-Ura] : iPhone 9 (SE 2) Dijangka Muncul Pada Bulan Mac Kelak?

359

Kini media sosial hangat tentang desas-desus mengatakan Apple bakal muncul dengan iPhone kos rendah tidak lama lagi – ramai berspekulasi yang ia merujuk pada iPhone 9 (SE 2). Memetik sumber, Apple bersiap sedia memulakan proses pengeluaran besar – besaran pada bulan Februari dan bakal dilancarkan secara rasmi menjelang Mac kelak.

Khabar angin sebelum ini mendedahkan iPhone 9 (SE 2) bakal muncul dengan dimensi sekitar 138.5 x 67.4 x 7.8mm bersama ketebalan bonggol kamera mencecah 8.6mm – kamera utama tunggal. Peranti ini mungkin menyertakan bezel yang tebal pada bahagian atas dan bawah – paparan dijangka menggunakan paparan Liquid Retina LCD.

Untuk dalaman, peranti ini berkemungkinan didorong oleh chipset Apple A13 Bionic bersama paduan memori 3GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB/128GB. Bagaimanapun, maklumat tersebar masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut pada masa akan datang.

[ S U M B E R ]