True Wireless & Smart Assistant! realme Buds Air Rasmi – Berharga RM299

253

Seiring pelancaran realme 5i, syarikat tersebut turut memperkenalkan fon telinga keluaran mereka iaitu realme Buds Air. Fon telinga ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana – mana sahaja.

Ciri audionya ditambah baik dengan sokongan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 – membolehkan sambungan segera yang stabil. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan prestasi bateri yang baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang hebat.

[ Reviu Eksklusif: Capai Kepuasan Audio Menerusi realme Buds Air!! ]

realme Buds Air dioptimumkan dengan mod permainan bagi memastikan pergerakan yang sempurna antara visual & bunyi – kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms & mod permainan pula adalah 119.3ms.

Ia juga dilengkapi sokongan dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation bagi mengurangkan hingar. Untuk pengecasan, ia menggunakan kabel Type-C dan dikatakan boleh bertahan sehingga 17 jam lamanya.

Dari segi rekaan, ia didatangkan dengan reka bentuk yang sesuai dengan telinga pengguna. Ia juga menyokong sentuhan pintar bagi memudahkan pengguna. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan pengguna menikmati gaya hidup pintar serba baharu dengan sempurna!

Bagi yang berminat, realme Buds Air didatangkan dalam kemasan putih buat sementara waktu ini, sementara warna hitam dan kuning akan datang tidak lama lagi. Ia ditawarkan pada harga RM299, dan ketersediaan akan bermula 21 Januari 2020, 12am secara eksklusif di Shopee.

Kalau anda berminat, mesti rebut realme Buds Air dengan harga promosi masa terhad hanya RM199! Tawaran promosi ini hanya untuk SEHARI SAHAJA! Rebut tau!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here