True Wireless Earbuds Jabra Elite 75t Kini Rasmi – Kualiti Audio Sempurna Berharga RM949

229

Jabra Malaysia akhirnya membawa masuk True Wireless Earbuds – Jabra Elite 75t setelah 4 bulan diperkenalkan di acara IFA Berlin 2019, earbuds bersaiz kecil ini tidak mudah tertanggal dan ia ditawarkan pada harga RM949.

Menurut perkongsian dari Jabra, earbuds ini mampu bertahan selama 7.5 jam dan 28 jam dengan pod pengecasan Type-C sekaligus mempertingkatkan daya ketahanan bateri sebanyak 90% berbanding Elite 65t.

Kualiti audio yang ditekankan oleh Jabra juga tidak diabaikan, terdapat empat mikrofon terbina untuk mengasingkan bunyi hingar dan angin yang mana menjamin panggilan telefon yang lebih jelas.

Sokongan Bluetooth 5.0 memudahkan anda menyambung ke peranti pintar, dan kehadiran apliaksi Jabra Sound+ membolehkan anda membuat tetapan profil audio, HearThrough (tahap bising), pilihan pembantu suara (Alexa/Siri/Google Assistant) dan memantau status bateri.

Jabra Elite 75t hadir dalam warna Titanium Black dan Gold Beige, boleh didapati di pengedar sah Jabra terpilih antaranya All IT Hypermarket, Harvey Norman, Foto Shangri-La dan Lazada pada harga RM949.

Jabra Elite Active 75t
Jabra Elite 45h

Dalam pelancaran rasmi hari ini, dilihat Jabra Elite Active 75t dan Elite 45h yang baru sahaja diperkenalkan di CES 2020 akan dijual di Malaysia pada bulan Mac. Perbezaan Elite Active 75t adalah ketahanan IP57 (kalis air/debu) yang lebih sesuai untuk aktiviti lasak dan senaman ekstrem.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here