Touch ‘N Go e-Wallet Tawarkan Promosi e-huat – Nikmati Rebat Tunai Sehingga RM888 Apabila Membuat Transaksi

1530

Promosi Tahun Baru Cina!

Sempena meraihkan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, TNG eWallet kini mengadakan tawaran promosi e-huat, yang mana anda boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM888 secara rawak apabila menghantar angpao digital kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Promosi e-huat ini akan berlangsung dari 13 Januari hingga 10 Februari 2020, dan anda perlu menghantar sekurang-kurangnya RM5 dalam tempoh promosi untuk mendapatkan rebat tunai sehingga RM888 secara rawak, termasuk RM1.18, RM18, RM0.18. Anda juga boleh menghantar ucapan Tahun Baru apabila menghantar angpao digital.

Harus diingat bahawa setiap pengguna boleh mendapat sehingga 5 kali rebat tunai secara rawak setiap hari, dan maksima 20 kali rebat tunai sepanjang tempoh promosi ini. Selain itu, menghantar kepada pengguna yang sama beberapa kali juga hanya akan menerima sekali rebat tunai sahaja.

Cara menikmati rebat tunai e-huat:

  1. Klik “Transfer” dan masukkan nombor kontak penerima
  2. Hantar sekurang-kurangnya RM5
  3. Masukkan nombor akaun
  4. Anda juga boleh pilihan ucapan Tahun Baru Cina yang ingin disampaikan kepada penerima

 

Syarat promosi:
  • Transfer sekurang-kurangnya RM5
  • Dapatkan sehingga 5 kali rebat tunai secara rawak untuk setiap hari
  • Dapatkan sehingga 20 kali rebat tunai secara rawak sepanjang tempoh promosi
  • Hantar kepada pengguna yang sama hanya boleh dapat rebat tunai sekali sahaja
  • Terhad kepada 200,000 transaksi pertama

Muat Turun Touch ‘N Go eWallet > Android l iOS