Spesifikasi Xiaomi Mi 10 5G Tertiris Lagi?! Sokong Paparan 90Hz + Quad Kamera 64MP

689

Kebelakangan ini pendedahan Xiaomi Mi 10 tidak pernah terputus, hari ini laman slashleaks muncul lagi spesifikasi penuh yang didakwa adalah model Mi 10 5G.

Menurut pendedahan, Mi 10 5G menggunakan paparan skrin 6.57 inci AMOLED yang menyokong kadar segar semula 90Hz, pengimbas cap jari pada skrin serta pengimbas wajah.

Prestasi dalaman meletakkan cip pemproses Snapdragon 865 di bawah sokongan 12GB LPDDR4 RAM dan 256GB/512GB UFS2.1 ROM, kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh bersama pengecasan pantas.

Bahagian kamera tetap menggunakan lensa 64MP + 12MP + 8MP + 2MP untuk penggambaran utama, sementara kamera swafoto dipadankan dwi-lensa 32MP + 8MP. Jualan harga di pasaran luar bagi varian 12GB + 256GB adalah USD670.52 (~RM2740).

_____________

BACA JUGA:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here