Sony WI-1000XM2 Noise Cancelling Wireless Neckband Headphones Kini Di Malaysia – Harga RM1,299!

364
- Iklan -

Sony kini muncul dengan Sony WI-1000XM2 Noise Cancelling Wireless Neckband Headphones untuk pasaran tempatan – boleh didapati pada harga RM1,299! Sony WI-1000XM2 Noise Cancelling Wireless Neckband Headphones tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu hitam dan putih.

Untuk spesifikasi, fon kepala ini didatangkan dengan sokongan HD Noise cancelling Processor QN1 yang berupaya menapis sebarang bunyi luaran. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi teknologi Atmospheric Pressure Optimising yang membantu meningkatkan kejelasan muzik walaupun ketika penerbangan tinggi.

Dari segi berat dan jangka hayat bateri, fon kepala ini mampu bertahan sehingga 10 jam dan memiliki berat sekitar 58g. Berminat untuk membeli? Tunggu apa lagi? Ketersediaan bermula sekarang dan dapatkan segera menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Sony Store, Sony Store Online, Sony Centre dan pengedar sah terpilih.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here