Sold Out! realme Buds Air Terjual Bagai ‘Pisang Goreng Panas’, Memang Laku Keras!

331
- Iklan -

Amat mengejutkan! Kesemua 1,000 unit realme Buds Air di Shopee telah habis terjual dalam masa hanya 28 minit sahaja pada jualan pertamanya, semalam. Ini adalah satu pencapaian besar buat realme Malaysia kerana ia berjaya menarik lebih ramai orang berbanding sejumlah aksesori yang lain sebelum ini.

Satu lagi kejayaan pecah rekod buat realme Malaysia adalah realme Buds Air telah diiktiraf sebagai Best Wireless True Stereo (TWS) dan mencatatkan hasil jualan dengan angka tertinggi dalam hanya satu hari di platform, Shopee.

Untuk makluman, realme Buds Air menawarkan pengalaman audio tanpa wayar yang memberikan kebebasan mendengar muzik di mana – mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan sokongan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 – membolehkan sambungan segera yang stabil. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan prestasi bateri yang baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang hebat. Bagi berminat, realme Buds Air ditawarkan pada harga RM299 sahaja!

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here